aku di hotel selesa
Pagi 29 jan sudah bergerak ke hotel selesa JB untuk menghadiri kenali potensi diri. Sayangnya penulis hanyalah selaku pemandu shj kpd isteri kerana pd asalnya penulis sepatutnya berada di Melaka untuk menghadiri bengkel pemurnian modul, namun dibatalkan oleh pihak penganjur di saat2 akhir. Sepanjang penglibatan penulis di organisasi hebat ini, inilah pertama kali berlakunya pembatalan program di saat2 akhir. Minda telah di setkan utk memberikan input yg terbaik namun akhirnya hampeh...
Oleh itu, penulis diberi tugas utk menghantar isteri. Sayang sekali tidak dpt masuk krn pendaftaran perlu di buat lebih awal. Maka terpaksalah penulis duduk di lobi. Mujurlah ada wifi percuma. Duduklah menumpang mungkin hingga ke petang.
Mujur jugalah hp mampu access internet. Terubat jugalah diri sementara menunggu. Anak2 berada di bwh pengawasan bonda di rumah.
Hendak mencari shopping kompleks tiada pula kelihatan yang paling berdekatan. Keadaan di luar hotel adalah mendung dan berangin. Di sebelah kanan hotel kira2 200 m ada city plaza tetapi tatkala penulis melangkah ke sana ianya sunyi tanpa sesuatu yang boleh dikatakan shopping kompleks. Mungkin telah ditutup. Berdasarkan petunjuk di GPS hp penulis, itulah shopping kompleks yang terdekat. Ada sebuah lagi yang boleh dianggap dekat di plaza pelangi, namun jika berjalan kaki blh dikatakan jauh juga terpaksa melalui jejantas di hadapan ibu pejabat polis kontinjen Johor dan berpatah kembali arah bertentangan. Dengan berjalan kaki insya allah boleh sampai cuma mungkin agak memenatkan. Lebih memenatkan kalau tatkala tiba ke destinasi keadaannya sama seperti plaza city tadi...
Duduk di lobi hotel kita boleh memerhatikan pelbagai gelagat manusia, daripada yg bertugas di reception hinggalah kepada pengawal keselamatan dan juga tetamu.
Sesuatu yang agak menarik yang juga mungkin pernah kita terperasan, wujudnya golongan 'lembut' yg bertugas di hotel. Mereka boleh dilihat di hotel2 di M'sia sama ada selaku petugas di bar, reception atau dimana2 shj di bahagian hotel, termasuklah di Selesa ini. Lelaki2 lembut itu kelihatan ceria bertugas di bahagian reception melayan tetamu dan kadangkala bergurau dgn staf2 lain.
Golongan lembut ini selalumya berbadan tegap namun sayang berperwatakan lembut. Adakah itu kriteria yang diambil kira oleh pihak HR semasa mereka menghadiri temuduga atau ianya 'muncul' selepas mendapat 'latihan tidak rasmi' selepas bekerja...
Wifi di hotel ini agak baik. Sepanjang kehidupan penulis selaku penjawat awam, ini merupakan hotel kedua yang penulis temui menyediakan wifi secara percuma. Hotelnya bukanlah besar dan berbintang banyak pun. Namun mampu menyediakan wifi percuma dan boleh digunakan dengan mudah di lobi hotel. Tidak tahu pula penulis keadaan di biliknpenginapan. Penulis pernah jg ke hotel besar yang turut mengandungi shopping kompleks juga di selatan tanah air namun tidak menyediakan sebarang kemudahan wifi percuma.
Kawasan hotel ini juga menempatkan beberapa buah hotel lain di sepanjang jalan lurus dan diselang-seli dengan warung, kedai2 makan serta kedai membasuh kereta atau car wash...dan ternyata car wash inilah yang paling banyak di kawasan ini. Belum pernah penulis menemui fenomena ini dimana kedai2 car wash begitu banyak di satu kawasan yang sama! Selalunyz zkan diselangi oleh jalan lain, ataupun kawasan berbeza. Rupa2nya kebanyakan pelanggan mereka adalah pemilik kereta negara jiran. Mungkin kadar di sini jauh lebih murah berbanding SGD maka kebanyakan mereka datang ke sini.
Mendung sejak penulis tiba pagi tadi tidak lagi mampu menahan kandungannya yang sudah semakin matang. Hujan lebat berangin akhirnya gugur juga mencurah ke bumi tatkala kami menikmati makan tengahari di warung. Akibatnya, kami kebasahan ketika berjalan pulang semula ke hotel kerana meredah hujan yang hampir berhenti namun tidak boleh ditunggu lagi dek kerana masa yang semakin mencemburui.
Solat jama di surau yang agak selesa d tingkat 8 tanpa berjamaah. Kemudiannya tertidur kerana mengantuk semasa edit novel di notebook yang entah bila akan menemui titik noktahnya...
Kini hujan baru sahaja reda kembali.

Ulasan