Pindah lagi?

Angin perpindahan begitu kencang bertiup dan akhirnya turut melanda pejabat penulis. Pada pandangan penulis, pastilah selamat kerana baru sahaja setahun berada di pejabat ni. rupa-rupanya terlibat jua. Penulis dipindahkan ke unit lain. Perpindahan dalaman. In house reshuffle. Penulis telah diamanahkan ke unit akademik....oh...

Kata seseorang, unit ini agak berat kerana ianya merupakan core bussines...kata seseorang lain pula, ianya tak lah seberat mana...asalkan PTPO dapat melaksanakan peranan mereka dengan baik. Kata seseorang itu lagi, di unit ini mungkin balik lambat masa musim peperiksaan berlangsung..Penulis memang tak berapa gemar dengan istilah pulang lewat ini. Ya lah...kita ada anak dan isteri. Anak kita ada hak atas kita. isteri kita juga ada hak atas kita...kalau setiap inci masa dan minit diluangkan di pejabat je....huhuhu

Walau bagaimanapun, semoga yang berpindah keluar berbahagia di lokasi terbaru. Yang berpindah masuk pula moga2 dapat menyesuaikan diri dengan tiupan angin sepoi bahasa dan kadang-kadang oleh membawa kepada ribut kecil di pejabat ini. Yang berpindah unit moga dapat serasi serasi diri...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol