musafir ke bumi kenyalang






Jumaat 18 mac 2011 untuk kali ke tiga sejak penulis berkhidmat di organisasi ini penulis diarah untuk menyelesaikan misi ke S'wak . Kali ini sebagai petugas dan urusetia pameran. Bersama2 penulis ialah 2 orang kanan juga di organisasi penulis. Perjalanan berm
Bermula seawal jam 4.30 pagi dimana penulis telah sedia menanti selaku orang pertama. Kenderaan hanya tiba sekitar jam 5.15 pagi. Menunggu seseorang yg agak lewat menyebabkan kami hanya boleh bergerak ke lapangan terbang sekitar jam 5.35 pagi. Selamat tiba di lapangan terbang sekitar jam 6.20 pagi dan kami menyempurnakan subuh di sini. Kami mengambil persetujuan untuk memilih tiket awal pagi dan bergerak sebelum subuh bagi mematuhi kehendak hukum dalam mazhab syafie yang mengharamkan seseorang itu bermusafir pada hari jumaat sekiranya dilakukan selepas fajar dan meninggalkan Jumaat.


Akhirnya kami menaiki pesawat dan berlepas tepat jam 7.00 pagi. Di dalam pesawat hanya dihidangkan dengan fresh orange dan kacang goreng. Kami selamat tiba di KLIA tepat jam 7.30 pagi. Mencari sarapan pagi kerana perut masing2 sudah mula menyanyikan lagu. Mencari2 kedai yang sesuai hingga akhirnya hidangan nasi goreng telur dan milo ais dengan harga mencecah RM 14.00!! Kalau di tempat sendiri dapat makan tiga orang.

Kami kemudiannya bergerak mencari stokin dan masuk ke balai berlepas selepas melalui pemeriksaan polis. Pesawat kami hanya berlepas selepas jam 10.40 pagi. Kami mendapat tempat duduk di bahagian ekor pesawat, bangku kedua terakhir. Makanan yang dihidangkan ialah mee ayam lada hitam. Penulis minum air dengan banyak sekali. Pesawat kami mendarat sekitar jam 11.45 pagi. Pendaratan yang agak mencemaskan kerana diberitakan landasan di Kuching ini agak pendek jaraknya dan amat terasa kerana pesawat seolah-olah dibrek dengan agak kuat!! Selesai pemeriksaan imigresen, kami menunggu pengangakutan di hadapan air port. Bas telah sedia menanti. Kami check in di hotel riverside majestic dengan bilik sharing manakala pegawai kami disediakan bilik single.

Bilik hotel amat luas dan kondusif. Melelapkan mata barang seketika, usai solat, kami bergerak ke tapak pameran untuk setup barang2. Usai, kami bergerak balik ke hotel untuk makan malam. Hidangan amat kurang menyelerakan walau lokasi di tepi kolam renang. Kami solat bersama kemudiannya dan seterusnya bergerak untuk membeli sedikit keperluan di parkson dan kemudiannya berjalan melusuri riverside. Sungai S'wak yang terbentang memberikan rezeki kepada anak watan untuk meraih sedikit pencarian dengan jualan, nyanyian dan juga pengangkutan sampan. Acara penutup ialah minum malam di tepian sungai. Timbul perbincangan berkaitan nasib orang-orang kafir yang mati tanpa menerima seruan Islam, adakah mereka akan disiksa juga seperti halnya kafir yang menentang Islam atau mereka tidak disiksa kerana terangkat taklif?

Hari kedua, sarapan di hotel amat menyelerakan serta mengeyangkan. Kaunter mula dibuka. Pengunjung agak ramai dan hangat. Petugas agak ramai yang hadir. Pelajar sekolah merupakan yang paling ramai dan sememangnya itulah target utama. Brosur yang disediakan agak banyak lebih2 lagi beg kertas. Walau bagaimanapun, janji pihak jabatan akan mengirimkan brosur kedua. Usai tugas sekitar jam 5.00 petang, kami bergerak untuk menyeberang sungai S'wak dengan menaiki sampan. Ini merupakan pengalaman yang paling menakutkan penulis. Lebih2 lagi tatkala kaki melangkah masuk, sampan menjadi senget. Ditambah pula sampan tersebut tidak mempunyai sebarang life jacket. Yang ada hanyalah pelampung, itupun hanya satu sahaja. Hujan yang mula turun menambahkan lagi ketakutan sang penulis. Sampan dikayuh sedikit dan kemudiannya enjin motorbot dihidupkan. Perjalanan merentas sungai hanya sekitar 5 minit sahaja tetapi dirasakan seperti 5 jam!




Di seberang hujan mulai lebat. Kami sempat singgah di afifi kek sarawak. Kami telah dipengaruhi oleh jurujual yang merupakan anak kepada tuan kedai menyebabkan kami berempat membeli melebihi sepuluh bekas kek tersebut yang membolehkan kami menerima sebekas kek secara percuma!!.

Selesai, kami bergerak mencari kedai makan untuk menikmati hidangan orang S'wak. Kami singgah di sebuah kedai yang berbentuk rumah S'wak. Disitu, kami makan nasi penyet dan nasi goreng, hidangan yang juga boleh didapati di semenanjung tanahair sebenarnya.

Tatkala menunggu hidangan, kedengaran bacaan ayat suci al quran dan laungan azan Maghrib. Buat pertama kalinya kami terasa kembali kepada suasana islam di tanah air kerana sejak daripada menjejak kaki semalam, tidak kedengaran laungan azan secara 'life' mahupun kelihatan manusia berlumba-lumba ke masjid, khususnya untuk solat jumaat menyebabkan kami terasa amat asing suasana di bumi kenyalang ini.

Usai menikmati hidangan, kembali ke tebing sungai untuk 'bertarung dengan maut'. Perasaan masih berdebar-debar dan seram. Lebih-lebih lagi, sampan tiada lampu, air terasa semakin dekat dengan tepi sampan, ditambah dengan pemilik sampan tidak menghidupkan enjin, seqadar berkayuh dengan pendayung. Oh...

Tiba di tebing, kami dikejutkan dengan seseorang yang terjatuh, juga dari semenanjung. Kemudian, kami bergerak ke Parkson untuk perjalanan terakhir malam itu. Salah seorang dari kami membeli perhiasan di rumahnya.

Hari ketiga, program berterusan seperti biasa sebaik sahaja selesai sarapan. Menu adalah sama seperti pagi semalam. Tiba di booth, para pemasar kebanayakkannya sudah mengambil tempat masing-masing. Beg yang akan diagih-agihkan sudah semakin berkurangan. Menjelang Zuhur, beg dan pamplet sudah selesai diagihkan. Dikhabarkan bahawa pamplet baru akan tiba dari Johor tetapi selepas pengesahan, sememangnya tiada. Mohon penutupan booth juga ditolak dan ini menyebabkan kami terpaksa stay dengan hanya berbekalkan air liur sehingga menjelang jam 5.30 petang!!

Setelah tiba di bilik masing, kami tidur bagi melepaskan lelah. Kemudian, selepas jama' Maghrib dan Isya' , kami turun makan. Hidangan seperti semalam. Tapi dek kerana lapar, terus sahaja makan daripada kebuluran. Usai makan, kami bergerak untuk menonton wayang...Dan filem pilihan ialah Hikayat Merong Mahawangsa. Meskipun penulis telah menonton sekali, namun mereka yang lain pula ingin menonton. Maka kami berada di dana hingga jam 11 malam.

Hari keempat, hari pulang ke tanah air. Selepas sarapan pagi dengan menu yang sama seperti hari kedua dan ketiga, kami bergerak ke lokasi di tebing sungai, gugusan kedai-kedai lama untuk membeli buah tangan dan ole-ole. Kayu kain menjadi pilihan penulis beserta pakaian anak-anak dan juga gula-gula lada hitam.

Bergegas pulang ke hotel dalam hujan renyai untuk check out. Bas sudah menunggu. Naik ke perut bas menuju ke lapangan terbang hanya diisi dengan aktiviti tidur. Tiba di lapangan terbang, check in dan menunggu. Pesawat hanya berlepas sekitar jam 12.00 tengahari dan mendarat di Senai sekitar jam 1.30 tengahari dengan keadaan awan tebal.




Hotel penginapan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol