berjuang dan terus berjuang

Institut Pertanian Ayer Hitam BAtu Pahat sekali lagi mencatat sejarah pada 17 hingga 19 Jun 2011 dimana seramai lebih kurang 62 orang pelajar dari sekolah keb. Merlong dan sekolah keb. Seri telah berkampung di situ untuk menyelesaikan program PINTAR.
Penulis dan beberapa orang sahabat sekali lagi dijemput untuk menabur budi bagi membantu anak-anak bangsa mengenal diri dan mempelajari kepentingan kehidupan beragama.

Program pada kali ini merupakan program pertama di bawah kelolaan unit baru dan semestinya pengarah dan KF yang baru yang terdiri daripada saf kepimpinan ulama.
Taklimat dimulakan sekitar jam 4.00 petang dan berakhir dengan solat Asr dan minum petang diikuti oleh ice breaking oleh tuan F. Ice breking kali ini amat menarik dengan lukisan gambar haiwan juga mulut peserta yang ditampal untuk mengelakkan mereka daripada berkata-kata.

Menjelang maghrib, solat diimamkan oleh al fadhil tuan guru diikuti oleh tazkirah berkaitan solat. Tazkirah beliau kelihatan begitu bersahaja tetapi mantap dan penuh berisi.

Dinamika kumpulan menghiasi program dari jam 9.00 malam hingga menjelang jam 12.00 tengah malam. Sebanyak 7 kumpulan membentangkan hasil pembinaan identiti kumpulan masing-masing. Seperti biasa, suasana agak hambar dan fasilitator juga kelihatan kurang bersemangat pada kali ini berbanding pada musim sebelumnya.

Mesyuarat malam membicarakan kaedah pelaksanaan program yang telah diatur pada esok hari. Tiada menyentuh mengenai program yang telah berjalan sepanjang hari.

Seawal jam 4.30 pagi perserta telah bangun untuk menyertai program qiamullail di bawah impinan KF. Beliau juga menyampaikan tazkirah subuh. Proram regangan dibawah kelolaan PS mengambil tempat lebih kurang 45 minit diikuti oleh program kembara.
Untuk kembara, setiap CP hanya dikuasai oleh seorang fasi. Penulis berada di fasi iktikad dimana peserta perlu membina sebuah replika bahan yang paling disayangi dengan menggunakan kad manila. Kemudian apabila replika dipersembahkan, penulis perlu menghancurkan nya dan kemudian mendapatkan maklumbalas perasaan pelajar. Ianya agak zalim dan kita boleh melihat di CP ini wajah-wajah anak-anak yang masih suci ini memaparkan riak kesedihan, kekecewaan dan sedikit api kebencian dek kerana hasil usaha kumpulan mereka dimusnahkan sekelip mata. Ada juga yang terhimbau sejarah lampau di sekolah bilamana kerja rumah yang disipakan bertungkus lumus semalaman dibuang begitu sahaja di pagi hari oleh sang guru yang naik hantu..

Namun reflkeksi segera diberikan...begitu juga jika pancaindera yg dikurniakan Allah secara percuma ini dipersia-siakan sudah barang pasti akan mengundang kecaman dan kemurkaanNya

Program hanya selesai sekitar jam 5 petang. Refleksi ringkas oleh PH. Beliau kali ini pulang awal dek kerana kelas pertama beliau di Puncak Alam.

Tazkirah Maghrib oleh penulis agak hambar. Hanya berbekalkan beberapa petikan video dan lagu, seqadar menyambung tazkirah tuan guru maghrib semalam.

Acara tangisan seperti biasa megambil tempat. Majoriti pelajar dihanyutkan oleh kesedihan..

Subuh bangun agak lewat walaupun masih belum mencecah waktu imsak. Hanya pelajar puteri yang agak terlewat hingga menjejak waktu fajar.

Jati diri mengambil tempat selepas solat Subuh diikuti oleh kanvas hikmah yang masih dimenangi oleh fasilitator yang kununnya tidak pernah kalah sejak tahun 2006!!

Ceramah oleh Dr Y dan Dr S diikuti oleh acara penutup.



Kepimpinan baru ..harap ada post mortem yang dijalankan.


Tazkirah Al Fadhil Tuan Guru

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol