Hari Keluarga

11 Jun 2011 (sabtu) adalah diisytiharkan sebagai sambutan hari keluarga di organisasi penulis. Oleh kerana itu, penulis berpagi-pagi telah mempersiapkan diri dan keluarga. Puteri kedua penulis kelihatan amat mengantuk hingga masih tidur walaupun telah disiapkan. Ini menyebabkan kami mengambil keputusan untuk membiarkan dia tidur di rumah atuknya.

Semasa dalam perjalanan, mentor penulis menghubungi mentor untuk memuaskan hati kerana terasa sudah agak lambat. Nawaitu utama untuk kesana bukan apa. Hanya untuk tidak melepaskan peluang merebut ipad2 yang dijanjikan dalam acara cabutan bertuah.

Tiba di lokasi, kami mendaftar dan mendapat payung, beg dan beberapa jajan untuk kanak-kanak. Menunggu untuk makan KFC, kami bergerak ke khemah namun tiada pun wajah pejabat penulis yang kelihatan di bawah khemah. Akhirnya, kami hanya duduk-duduk di khemah di hadapan dewan badminton. Apabila tiba waktu makan, bergerak mengambil makanan.

Cabutan bertuah tidak menghasilkan sebarang peralatan bertuah buat penulis dan keluarga. Ipad2 hanyalah impian yang terus menjadi lebur....tahniah kepada yang berjaya

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol