Sepertiga telah berlalu
Hari ini 11 Ramadhan 1432..bermakna 10 hari penuh rahmat di awal Ramadhan telah berlalu meninggalkan kita. Persoalan paling penting, yang juga turut dibangkitkan di radio IKIM, Radio Islam paling mantop di kala ini, bagaimanakah kualiti dan keadaan puasa kita? Adakah kita semakin bersemangat meneruskan puasa meniti 10 hari keampunan serta 10 hari pembebasan neraka? Atau kita semakin bersemangat menempah kuih raya, menempah dan memasang langsir raya?
Ataukah tahap keinginan kita untuk menelusuri Ramadhan semakin pudar dek kerana keghairahan mengintai syawal yang belum pasti...Ataukah tahap puasa kita maintain sahaja dari awal hingga kini?
Sepatutnya apabila sudah memasuki pertengahan ini, kita semakin kuat dan bersemangat untuk meningkatkan amalan. Tidakkah kita rasa sangat ingin untuk termasuk dalam senarai manusia yang mendapat keampunan Tuhan dengan jalan yang mudah kerana bulan dan saat ini Sang Yang Maha Pengampun menawarkan keampunan .. maka sudah barang pasti ianya agak mudah untuk dipohon...
Berusahalah wahai sahabAt sekelian untuk merebut peluang keemasan ini. Marilah kita menghisab diri berkaitan 10 hari pertama ramAdhan kita. Jika masih dalam keadaan lemah dan longlai, inilah masanya untuk menambahkan pecutan dan larian. Jika sebelum ini solat malam kita hanya 2 rakaat hampir fajar, maka inilah masanya untuk menambah rakaat dan kualiti. Jika sebelum ini puasa kita hanya menahan lapar dan dahaga semata2, maka inilah masanya untuk meningkatkan kualiti puasa.
Ulasan