Mengapa?



Satu tengahari sekitar jam 12.30 tengahari di pantries salah sebuah pejabat .. Ketika sedang bersama menikmati makan tengahari

Kak Joyah : nko tahu tak...si dot..dot..dot tu...tak sudah-sudah..asyik nak...aje

Kak Long : Alah...nko bukan tak tahu....sok sek sek sok..pok pot pet pot..

Maka sesi makan disulami dengan ulam-ulaman umpatan itu yang merupakan daging-daging saudara sendiri terasa begitu enak dan nyaman di tengahari yang agak terik diselimuti kedinginan penghawa dingin milik kerajaan (baca : rakyat)itu...

Betapa manusia tidak rasa gerun pada yang Maha Mendengar. Betapa manusia seolah-olah tidak pernah terbaca ataupun setidak-tidaknya terdengar surah humazah yang mengeji tentang acara mengumpat ini?

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. Al Hujuraat : 12

Alangkah bagusnya kalau dialog di tengahari itu diubah seperti berikut :

Kak Joyah : Nko tau tak .. kita ni setiap hari terlibat dengan dosa je..bila agaknya kita nak bertaubat..?

Kak Long : MM...kena kena taubat cepat nih..kalau tidak hati kita hitam dengan bintik-bintik dosa..

Pernahkah kita terserempak dengan halaqah seumpama ini? Penulis percaya amat jarang kita temui. Kebiasaannya kita akan terjumpa dengan halaqah makan daging saudara sendiri sama ada di pejabat, di kedai makan, bahkan di ruang legar masjid sekalipun.

Bilakah kita mahu berubah? Ubahlah segera topik perbualan kita, daripada mencerca, mengaibkan dan sebagainya dengan isu-isu semasa yang lebih hangat...

Wallahu a'lam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol