5 S kau datang lagi...
Di suatu petang yang agak panas, dalam sebuah pejabat berhawa dingin 20 darjah celcius. Beberapa orang staf sedang sibuk menyediakan persiapan pejabat berupa kosmetik garapan sendiri atas persetujuan penyelia mereka demi untuk menyambut ketibaan delegasi juruaudit 5S yang bakal menziarah.
Kak Sya, "Nko tau ke 5S tu apa kak?"
Kak Syu, "Ntah...aku pun tak ingat. Yang aku tau, tiap tahun dia orang datang nak audit. Tapi ntah la kan...pejabat kita ni tak pernah kenal erti menang.."
Kak Sya "Nak menang macam mana kak..kita ni kalau nak musim audit jek baru nak bersiap. Sepanjang tahun tak pernah nak maintain..."
Kak Syu, Huh...itulah pasal...penat aku memasang benda-benda alah ni tau...
Bang Tun, "Ehem...sibuk nampaknya akak-akak kita ni...Buat apa tu?"
Kak Syu, "Aih...boleh bertanya la pulak...Kan ke persiapan untuk 5S...Cik abang tu jangan le nak bertanya je..tolong-tolong le kami ni "
Bang Tun, "Hah...5S? Bila tu?"
Kak Sya, "Dalam bulan ni juga la...ni la kena prepare macam-macam nih...Siapa lagi yang kita nak harapkan. Kami-kami ajelah...."
Bang Tun, "Korang kan ke harapan pejabat ni. Tanpa korang pejabat ini boleh hancur dibuatnya...he..he..Bercakap pasal 5 S ni? Apa sebenarnya yang lima bersaudara tu?"
Kak Sya, "Kami pun lupa...tapi boleh tengok apa yang terpampang kat sudut 5S tu le.. Asalnya dari bahasa Jepun. Dimelayukan jadilah Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan sentiasa amal. Kita kena sisihkan dahulu barang-barang yang tidak digunakan lagi, buat menyemak jek. Kemudian kita susun semula barang yang ada, kita sapu kawasan kita dan hendaklah perkara ini terus menerus menjadi amalan dalam pekerjaan seharian kita. Barulah sebenarnya boleh menang..."
Bang TuN, "Oh begitu eh...yang saya faham 5 S itu ialah solat, senyum, salam, selawat dan silaturrahim. Perkara-perkara ni kalau kita dapat amalkan di pejabat kita ni tentu lebih makmur, efektif, inovatif dan terpelihara tak gitu akak-akak ku?"
Kedua akak-akak itu meneruskan aktiviti untuk 5S mereka itu. Bang Tun pula terus menuju ke bahagian belakang pejabat sambil terfikir di benaknya, kalaulah 5S tafsiran Bang Tun itu diamalkan terus oleh semua, nescaya organisasi akan menjadi lebih aktif, tersusun dan berkat, Insya Allah. Juruaudit 5S tafsiran Bang Tun sebenarnya hari-hari datang menjenguk. Kalaulah kita amalkan berterusan dan istiqamah sudah barang pasti kejayaan akan menjadi milik kita. Kalau kita sanggup bersusah payah untuk 5S kerana inginkan sesuatu, tapi hanya setahun sekali dengan meninggalkan S yang kelima, maka sudah barang pasti kita akan hanya bekerja untuk meraikan audit yang datang bukan kerana ketulusan untuk meneruskan agenda 5S...
Selamat menemui juruaudit 5S....
http://www.jupem.gov.my/contents/minisite/5s/file/5S.pdf
Ulasan