Monolog seorang staf upahan yang mukhlis?





Oh...akulah staf yang bekerja sebagai satu ibadah
Oh..akulah staf yang mukhlis
Bila bos penilaiku minta sesuatu
Dengan segera aku ada-adakan..

Bila orang lain minta tolong dari ku
Nko siapa?
Kerja aku lagi berlambak...
Nko ingat aku ni tukang buat kerja nko je ke?
Tapi aku seorang pekerja yang mukhlis
bekerja sebagai satu ibadah

Kerja aku memang banyak
Nak tengok list kerja aku..
Huiii....
Tapi aku sempat update status FB aku
tatkala orang lain yang tak berapa ikhlas bekerja
Sibuk menyiapkan tugasan dari penilai pertama

Aku juga sempat kesana kemari
Lebih-lebih lagi bila penilai pertamaku tak kelihatan bulu hidungnya melintas
di pejabat indahku
Tapi aku seorang pekerja yang mukhlis
bekerja sebagai satu ibadah

Tapi jangan sekali-kali nak tambah senarai tugas aku
Aku akan SOUND awal2
Tak kira la dia tu siapa..
Janji aku boleh bekerja dengan aman
Boleh up date FB setiap jam
Boleh memantau dan komen pula FB orang lain
eh, sempat pula bergosip dengan teman-teman
Tapi aku seorang pekerja yang mukhlis
bekerja sebagai satu ibadah

Tapi aku memang pantang
Bila tengok pekerja lain yang tak ikhlas
asyik cuti dan MC memanjang
atau lewat pula datang ke pejabat
pasti aku sound atau perli
paling kuat pun akan kulaporkan di FB
biar semua orang tahu kebejatannya
Aku hilang sekali sekala tak mengapa
penilai pertama aku bukan kisah pun..
Tapi aku seorang pekerja yang mukhlis
bekerja sebagai satu ibadah

Bila teman-teman lain sibuk menyelesaikan urusan
Aku buat dek jek di mejaku
kerjaku lagi banyak nko nak tolong ke?
Nko buat le kerja nko aku buat kerja aku
Tu hal unit nko apa aku nak masuk campur?
Tapi aku seorang pekerja yang mukhlis
bekerja sebagai satu ibadah




Ada satu unit tu buat program besar
jemput orang di sana sini
tapi dia bukan unit aku
pergi @@#*@ la aku nak tolong
keluar le surat berjela panjang
arahan pusat pun aku buat dek
ni kan pula arahan penchachai...
janji tiap bulan aku terima gaji nko pun ada nak tolong ke program aku
Tapi aku seorang pekerja yang mukhlis
bekerja sebagai satu ibadah

Program aku nko kena tolong
pasal program aku melibatkan aktiviti sosial
pembesar dan penjilat semua akan hadir
nko cuba-cuba nak escape?
Jawapnya aku dan rekan-rekanku pasti akan memulaukanmu
Tapi aku Tapi aku seorang pekerja yang mukhlis
bekerja sebagai satu ibadah

Bila hujung tahun
aku mengharap sangat dapat anugerah
eh, apsal lak si kaki mc dan cuti tu yang dapat
apsal lak si pemalas ni yang dapat
apsal lak si pengampu tu yang dapat?
akuni??
Tapi aku seorang pekerja yang mukhlis
bekerja sebagai satu ibadah
INI TIDAK ADIL!!!

Itulah aku yang mukhlis
bekerja sebagai satu ibadah
janji tiap bulan ada gaji
janji FB aku up date tiap hari
janji perniagaan kecil kecilanku berjalan dengan murni

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol