Bila rasa malas mengundang
Aihh..sepanjang minggu ini cuaca kerja penulis di pejabat agak mandom...menurun dan tidak produktif...hai ntah apa sebenarnya yang berlaku penulis pun tak dapat nak khabarkan. Perasaan malas serta bermalas-malasan menyerang dengan amat teruk dan hebat sekali.
Staf juga ramai yang bercuti. Al maklumlah musim cuti sekolah seminggu. Penulis nampaknya masih belum mengambil cuti. Mungkin juga kena bercuti...untuk mengembalikan semangat yang hilang...atau kena bercuti panjang..?
Kadang-kadang dalam gurauan sahabat-sahabat atau rakan sekerja, biasa kita terdengar usikan yang berbau kelucahan. Mungkin bagi sesetengah pihak, amalan usikan berbau lucah dianggap biasa dan boleh juga membangkitkan semangat atau mood yang mula dirundung awan nano..
Tetapi apabila usikan berbau kelucahan yang dibiarkan dan dibentangkan setiap hari dilayan oleh yang kena usik, maka si pengusik akan menjadi sedikit seronok dan beranggapan bahawa usikannya tidak akan menimbulkan sebarang implikasi negatif berimpak besar maka sajian usikan kelucahannya dilebarkan lagi hingga kadang-kadang orang lain yang mendengar menjadi kurang selesa.
Mungkin nawaitu sebenar pengusik tadi adalah seqadar bergurau (?) tanpa sedar akan bahaya yang bakal mengundang hasil daripada usikan-usikan seumpama itu.
Dan katakanlah kepada hamha-hamba-Ku: "Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia. al isra' : 53
Dikhuatiri bahawa usikan berbaur kelucahan akan mencapai kepada maqam kelucahan melampau dan mungkin menimbulkan sedikit kegusaran dan kegelisahan. Hilang rencana untuk bersenda dengan nawaitu mengeratkan silaturrahim, timbul bencana pertikaian, permusuhan dan kebencian yang mula membakar sumbu persengketaan.
dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, al mu'minuun : 3
Jadi tak leh nak gurau? pi dok surau sana...Bukan begitu maksudnya. Boleh sahaja bersenda gurau untuk menghilangkan stress bekerja. Seronok juga sesekali membuat sedikit lawak yang boleh menceriakan suasana. Khususnya apabila berada di lapangan kerja yang perlu kepada kefokusan (bahasa sahabat PH) yang tinggi. Kadangkala boleh menimbulkan tekanan kerja dan juga sedikit kelelahan fikiran. Apalah kiranya senggang masa diisi dengan sedikit derai tawa.
Diriwayatkan bahawa junjungan mulia Muhammad Rasulullah SAW sendiri ada membuat gurauan mesra dengan sahabat-sahabat baginda. Tetapi gurauan baginda tidaklah hingga mencapai maqam maharaja lawak apalagi maharaja lawak mega. Gurauan baginda juga tidaklah dalam keadaan menipu, mencerca ataupun melucah. Sebagai contoh, riwayat menyebutkan bahawa tatkala seorang perempuan tua menemui rasul SAW minta didoakan untuk masuk ke dalam jannah, baginda lantas berkata, "Orang tua tidak akan masuk syurga!!" Mendengarkan kalam nabi SAW itu maka menangislah perempuan tersebut. Lantas Nabi SAW menyambung katanya, "Tenanglah...Kerana di syurga semua manusia akan menjadi muda semula sebagaimana firmanNya
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, Al waqiaah : 35
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), Al Waqiaah : 36
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
Al Waqiaah : 37
Maka perempuan tua itu menjadi ceria dan gembira semula.
Bahkan ada juga di antara sahabat-sahabat yang ceria dan rajin mengusik serta bercanda, contohnya Abu Hurairah ad Dausi, perawi hadis paling tsiqah di kalangan sunni yang meriwayatkan hampir 6000 hadis hasil pertemuan beliau dengan Nabi SAW selama 2 tahun lebih sahaja. Sungguhpun begitu, lihatlah kekuatan aqal yang dikurniakan Allah kepada beliau hingga mampu menghafaz ribuan hadis.
Begitu juga diriwayatkan bahawa Ali b Abi Talib juga seorang yang agak periang dan suka berjenaka hinggakan Umar Al Khattab pernah berkata, jika sekiranya kamu ini bukan seorang yang suka berjenaka maka kami sudah mengangkatmu menjadi khalifah..
tetapi jenaka dan lelucon mereka tidak lari dari garis-garis kebenaran. Gurau senda mereka tidak melebihi tahap-tahap pergaulan normal seorang muslim.
Mungkin kita tidak mampu hendak membuat jenaka sebagaimana yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW? Kita sering berkata begitu. Walhal peluang yang diberi sama sahaja. Contohnya pada masa bulan Ramadhan..peluang yang diberi sama dengan peluang Ramadhan pada zaman kenabian dan sahabat ..tapi natijah berbeza...kelemahan kita terlalu banyak dan kita tidak pernah hendak mencuba untuk mencontohi gerak kerja dan perlakuan mereka dengan lebih serius.
Cuba lihat bagaimana seorang sahabat yang berdiri di dalam masjid sebelum memulakan kata-katanya sambil tersenyum-senyum. Ada sahabat lain bertanya, mengapa engkau ini tersenyum-senyum? Kata sahabat yang berdiri tadi, aku melihat Nabi SAW berdiri sambil tersenyum sebelum berkata-kata maka aku ingin menjejaki sunnah baginda. Nah, dalam hal tersenyum sahaja generasi awal cuba mencontohi baginda, aapalagi hal-hal lain yang berkaitan dengan kehidupan nabi SAW. Mungkin di zaman kita ini, lelaki tersenyum-senyum sebelum memulakan bicara dianggap sebagai kurang cerdik, ataupun cuba memperli ...
Wallahu a'lam...

Ulasan