Kelas Kokurikulum I



Kelas penulis yang pertama bersama pelajar untuk tahun ini bermula agak lewat daripada waktu yang telah ditetapkan. Penulis tercari-cari kelas tersebut walaupun ialah agak familiar di kampus ini namun dek kerana sudah agak lama tidak berjalan atau melalui kawasan tersebut, ianya kelihatan agak kabur ..

Akhirnya setelah tercari-cari dan terpusing-pusing bersama beg berisi note book yang dipinjam dari pejabat, berjaya juga menemui kelas tersebut. Tatkala masuk pelajar yang menunggu masih belum mencukupi. Satu lagi, keunikan kelas ini ialah semuanya lelaki!! Kalau semester sebelumnya kelas penulis agak balance dari segi bilangan lelaki dan perempuan.

Pertemuan pertama hari ini ialah sesi taaruf. Semua pelajar perlu memperkenalkan diri masing-masing dan membacakan surah atau ayat yang dihafaz. Ini penting untuk pengenalan diri mengenai pengetahuan mereka berkaitan ayat-ayat lazim, dan juga bacaan mereka serta tajwid mereka. Kelas ini dikenali sebagai kelas imam dan muazzin. Secara dasarnya untuk melengkapkan pengetahuan pelajar berkaitan hukum dan kaedah mengenai imam dan muazzin agar mereka tidak menjadi kekok apabila dilantik menjadi imam atau muazzin, juga untuk memberikan mereka sedikit kefahaman berkaitan kerja atau teknik atau ilmu berkaitan masalah ini.

Biasa di kalangan remaja kini yang kurang terlibat dengan aktiviti agama sejak kecil, menjadi kurang lunak dengan perkara-perkara asas berkaitan agama mereka sendiri. Oleh itu dengan kewujudan kursus seumpama ini, ianya bakal memberikan impak dan ledakan terhadap gerak kerja Islam di muka bumi, khususnya di kampus...Insya Allah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol