Kelas Kokurikulum IV
Kelas ketiga, penulis agak awal tiba. Menantikan kehadiran ahli kelas hingga jam 5.15. Penulis tidak dapat berkata sesuatu berkaitan kehadiran kerana dua kelas sebelumnya penulis agak lewat. Mungkin pada kelas akan datang teguran akan dibut. Kelihatan juga beberapa orang anak muda ini menghadiri kelas dengan hanya berselipar serta memakai baju round neck. Penulis telah memberikan peringatan pada hari pertama pertemuan, namun nampaknya mungkin mereka terlupa. Penulis juga rasa tidak mahu menegur pada kali ini. Insya Allah pada pertemuan akan datang..
Sesi kali ini dimulakan dengan pengarah program membincangkan serta membentangkan serba sedikit mengenai kertas kerja projek lawatan keluar yang dijangka pada penghujung April. Kelihatan kertas kerja telah berjaya disiapkan dengan jayanya. Cuba tingal sentuhan-sentuhan akhir sahaja..
Selepas pembentangan pengarah, perbincangan dalam kumpulan dibuka. Kumpulan dibahagikan kepada tiga dan akan membincangkan serta membentangkan salah satu daripada tiga topik :
1.Bincangkan mengenai ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada bagi imam dan muezzin
2.Bincangkan elemen-elemen yang perlu wujud dalam tazkirah dan kuliah serta kaedah menarik minat masyarakat untuk mengikutinya.
3.Wujudkan dua tajuk kuliah@tazkirah
Kumpulan pertama membentangkan hujjah dan hasil perbincangan mereka dengan agak baik. Apabila disoal mengenai kaedah imam menegur anak buah, pembentang membawakan hadis / riwayat berkaitan cucunda Nabi SAW menegur orang tua yang berwuduk. Persoalan mengenai konsep adil dari kacamata seorang imam juga dijawab dengan baik, iaitu imam perlulah juga menegur keluarganya jika melakukan kesilapan sama seperti dia menegur anak-anak qaryahnya. Contohnya jika imam menegur anak-anak gadis tidak menutup aurat dengan sempurna, maka sudah barangpasti jika anak gadis imam juga kurang sempurna penutupan auratnya, perlu ditegur sama.
Kumpulan kedua juga membuat pembentangan yang agak baik, namun pembentang kelihatan agak kurang yakin dengan hujjah yang dikemukakan. Mungkin pembentang hanya seqadar pembentang dan tidak termasuk dalam penggubal isi. Kumpulan ini terkeliru beza diantara tazkirah dan kuliah.
Kumpulan ke tiga memberikan contoh dua tazkirah. Tazkirah satu berkisar mengenai solat yang agak padat dan ringkas, manakala tazkirah kedua berkisar mengenai riba, lebih berisi, menarik dan ada komunikasi dua hala yang teratur.
Kesimpulannya, pelantikan imam dan muazzin dalam satu-satu qaryah perlulah mengambil kira ketokohan dan ilmu yang dimiliki oleh calon...
Mulai pertemuan minggu hadapan, pelajar akan diuji untuk azan dan iqamah...
Ulasan