Malam Jumaat yang damai

Malam jumaat yang sangat damai berlangsung sejak menjelang Asr lagi..Bahkan sebenarnya lebih awal lagi. Langit yang selalunya membiarkan mentari menyinar garang dan terik menembusi bumi dan membakar kulit kelihatan tertutup rapat seolah-olah enggan memberikan walau sejalur ruang cahaya menembusinya untuk mengintai bumi...Suasana redup, nyaman, tanpa hujan .. Apakah sebenarnya yang berlaku..? Menjelang Asr, masjid mula dipenuhi dengan pelbagai jamaah dari pelbagai ceruk rantau. Mereka datang dengan wajah suci penuh keikhlasan...Ingin bersua muka dengan lelaki berjanggut perang dari susur jalur keturunan Rasulullah SAW.. Penulis pulang dahulu ke rumah untuk mengambil isteri, adik ipar dan anak. Tatkala tiba semula di masjid sekitar jam 8.20 malam, suasana kampus dipenuhi dengan suara bacaan selawat dari corong masjid nan sebatang...Alangkah indah dan hebatnya suasana itu.. Manusia memenuhi ruang solat tingkat atas, bawah dan juga di laman. Ramai juga manusia yang menikmati makanan di padang. Suasana sungguh segar, aman dan menggembirakan... Selesai solawat, ceramah dimulakan dengan penterjemah. Penulis memanjat tangga untuk masuk ke ruang solat. Meskipun kelihatan penuh, namun selepas ditinjau terdapat ruang-ruang yang mampu memuatkan manusia seperti penulis. Penerangan dan diakhiri dengan doa yang sungguh syahdu dan menyentap jiwa... Alangkah seronoknya jika setiap hari kita dihadiri dan diziarahi oleh ulama...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol