Ramadhan 5

Hari ini agak sibuk di pejabat dengan tugasan mencetak 3 jilid besar kertas kerja untuk dibawa ke mesyuarat peringkat tertinggi. Malang jugs kerana pada cetakan jilid terakhir mesin pencetak buat hal. Kertas menjadi tersedak-sedak di tekak mesin pencetak tua itu. Maka terpaksa pula mencetak di mesin rakan bersebelahan bilik. Sebaik sahaja siap, apabila hendak dihantar untuk penjilidan, tauke jilid telah pulang. Maka terpaksa menunggu hingga selesai waktu rehat tengahari.

Seawal jam 2 petang, tauke penjilidan masuk dan lebih kurang 30 minit kemudian penjilidan dapat disempurnakan.

Kami kemudian bergegas ke pejabat menilai kertas kerja. Terpaksa pula menunggu pegawai penilai yang mempunyai tugasan lain di luar pejabat. Mujurlah lokasinya hampir. Kemudian, selesai penilaian, setelah mendapat surat kelukusan untuk membolehkan kertas kerja di bawa ke dalam mesyuarat tersebut, terpaksa pula membawa bersama dokumen kertas kerja lain untuk simpanan di pejabat. Dokumen setinggi separuh ketinggian penulis itu terpaksa dibaws turun dari aras 1 menggunakan tangga.

Kami kemudian bergegas pula ke pejabat pegurusan tertinggi untuk mendapatkan tandatangan. Bertemu dengan pegawai khas beliau, mantan penghulu, ianya mengambil masa sekitar 10 minit memandangkan beliau sedang menghadiri mesyuarat.

Betapa sukarnya untuk membawa masuk kertas kerja ke dalam mesyuarat tertinggi. Ianya perlu melalui dua mesyuarat berlainan sebelum boleh dibawa ke mesyuarat ini. Sudahlah terpaksa mencetak dokumen tebal yang sama..ternyata birokrasi yang berlaku adalah agak menyulitkan....


Tatkala memandu pulang amat terkesan dengan kata-kata salah seorang ustazah di radio ikim mengenai marah. Dia mengatakan apabila seseorang itu marah, maka diminta si pemarah itu membaling paku ke dinding. Setiap kali rasa marah maka setiap kali itulah paku akan dilontar ke dinding. Kemudian pada esoknya cuba cabut paku tersebut dan pasti ada bekas yang wujud fi dinding. Maka itu adalah perumpamaan perasaan manusia yang kita marah. Ianya akan membekas dalam jiwa orang tersebut dan sukar untuk dihilangkan.

Begitu juga katanya cubalah tulis berapa kali anda marah dalam sehari. Kemudian bandingkan jumlah kemarahan itu setiap hari. Jika setiap hari ia semakin berkurang maka bersykurlah. Tetapi jika bertambah maka mohonlah kekuatan kepada Allah agar kita dapat berubah.

Penulis rasanya kerap marah...Ya Allah....bantulah hambaMu

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol