Ramadhan ke enam
Keadaan bangun pagi agak genting sekitar jam 5.15 pagi dan seperti sebelumnya, hanya sempat makan sahur sahaja.
Pejabat pada hari ini disibukkan dengan gerak kerja menghantar kertas kerja ke pejabat yang menjadi urusetia mesyuarat. Berpagi-pagi telah menghadap mesin pengimbas untuk mengimbas muka hadapan kertas kerja yang memaparksn tandatangan tiga manusia yang paling berkuasa di organisasi. Kemudian mengejar penilai pertama untuk mendapatkan borang penghantaran kertas kerja. Sambil itu memasukkan soft copy ke dalam cakera padat. Akhirnya setelah segalanya selesai segera ke pejabat berkaitan bersama penilai pertama. Setibanya dokumen yang tebal sebanyak tiga volume itu ke pejabat berkaitan, urusetia mahukan soft copy dalam bentuk pdf pula. Adus....nak marah pun tak boleh kerana kami agak lambat memajukan kertas kerja tersebut, jadi hanya mampu menabur janji untuk menghantar pada hari ini juga selewat-lewatnya menjelang petang...
Kami kemudiannya menuju ke bengkel kereta bagi membuat pembaikan kecil. Bonet hadapan tidak boleh dibuka..perkara ini pernah ditanyakan kepada bengkel cina lokasi biasa untuk urusan penyelengaraan berkala tempoh hari, namun harga pembaikan agak mahal.
Di bengkel tersangkut lebih kurang 30 minit dan kemudian kami dihantar pulang dahulu ke pejabat kerana dikhuatiri masa pembaikan memakan masa yang panjang.
Tatkala melintas di bangunan tersohor organisasi, kelihatan beberapa sahabat berada di kawasan parkir kerana menghadiri tazkirah. Setibanya di pejabat segera menghubungi sahabat berkereta avanza hijau untuk menumpang menuju ke majlis ilmu.
Tatkala tiba di ruang legar, majlis telah pun bermula. Ruang sudah dipenuhi manusia. Namun ada juga ruang di sebelah sahabat riadah. Baru hendak menghayati tazkirah, telefon di dalam poket bergetar tanda mint dijawab. Rupanya mr haron memanggil bertanyakan kunci kereta. Ya..rupanya penulis tidak menyerahkan kunci tersebut tadi.
Mr haron berjanji untuk datang mengambil kunci. Dan sekejap cuma beliau memanggil lagi menyatakan bahawa telah sampai dikawasan hadapan bangunan.
Bila penulis menjenguk ke dalam kereta, dia menyatakan kereta telah sedia. Maka tanpa perlu berfikir lebih panjang, penulis bersetuju untuk dibawa terus ke bengkel bagi mengambil kereta. Ini merupakan bengkel pertama penulis temui mengadakan perkhidmatan penghantaran pelanggan pergi dan balik ke bengkel. Moga pengusahanya dan perniagaannya diberkati.
Dan tatkala jam menunjukkan ke angka 1630, soft copy berbentuk pdf masih gagal dibuat lagi..
Berbuka dengan hidangan patin masak tempoyak...

Ulasan