Ramadhan tujuh
Keadaan masa bangun pagi masih sama. Tidak sempat untuk bermunajat kepadaNya. Hanya sempat makan sahur sahaja.
Tidakkah kita faham bahawa ada insan yang tidak dipedulikan olehNya. Dibiarkan sahaja tanpa sebarang pemerhatian dariNya. Umpama seorang ibu yang merasa marah terhadap anaknya. Dibiarkan sahaja tanpa ditegur..apa sahaja perbuatannya didiamkan sahaja. Tetapi makan pakainya disediakan seperti biasa. Itu pun sebenarnya sudah cukup sengsara bahi srorang anak. Jadi bagaimana pula hal keadaannya bagj seorang hamba yang tidak langsubg dihiraukan oleh TuhanNya? Tentu sahaja lebih sengsara. Segala keperluan rezeki dijamin. Tapi rintihan sang hamba tidak dihiraukan. Hamba tergolek terlentang dibiarkan sahaja.
Nah...itulah yang dirisaukan oleh penulis. Adakah Dia telah membiarkan penulis terus tenggelam dan syok sendiri? Adakah puasa hamba ini diterima atau dilontarkan ke dalam lautan?
Urusan di pejabat pada pagi ini ialah mesyuarat. Penulis merupakan urusetia mesyuarat yang telah dirancang sejak seminggu lepas. Ramadhan bukanlah alasan untuk tidak mengadakan sebarang aktiviti kerja. Kebanyakkan peperangan yang belaku, bermula dari badar al kubra sehinggalah kejayaan salahuddin berlaku dalam bulan Ramadhan bahkan mampu mencatatkan memori kemenangan yang dibanggakan sepanjang zaman. Inikan pula hanya duduk bermesyuarat dalam bilik berhawa dingin.
Sebelum itu ialah sesi fotografi jabatan untuk eid. Semua berpakaian baju kurung lengkap kecuali penulis yang memakai pakaian kerja formal.
Mesyuarat hanya berakhir beberapa minit menjelang Jumaat. Khutbah berkisar mengenai Ramadhan dengan khatib bersuara keras namun penulis tertidur jua dan rasa kantuk itu berlanjutan pada rakaat pertama. Mujurlah tuan imam membawakan surah lazim yang pendek..
Usai solat bergegas ke pejabat. Urusan petang agak tenang. Soft copy yang diminta masih gagal disiapkan kerana terlupa.
Solat asr di jame pt sonto dan mendapat rakaat ketiga bersama imam.
Juadah berbuka ialah udang masak lemak. Tatkala hendak ke masjid pada waktu isya didapati tayar kenderaan kekurangan angin. Maka terpaksa ditukar dahulu dengan tayar simpanan. Sehingga jam 9.15 barulah urusan selesai dan pada jam 9.30 bergerak ke jame' kg melayu. Tatkala tiba, jamaah lapan sedang bergerak keluar. Hanya dapat serakaat bersama imam.

Ulasan