Sekolah yang menarik...
Menjelang Jumaat yang hitam, penulis diarah untuk hadir menjalankan bakti di salah sebuah sekolah yang kelihatan begitu berprestij di kawasan organisasi penulis. Penulis tiba agak lewat disebabkan beberapa perkara besar yang perlu diuruskan. Meskipun penulis telah dinobatkan selaku kem komandan, namun terdapat kem komandan II yang bakal menjalankan tugas di sepanjang kelewatan penulis.
Tatkala tiba, TG sedang menjalankan aktiviti Ice Breaking. Ini adalah pemadangan pertama penulis melihat aktiviti ini dilaksanakan oleh TG. Penulis hanya duduk sambil disambut oleh KKII dan juga tuan A. Perbualan berkisar mengenai tragedi yang menimpa diri penulis.
Menjelang jam 6 petang, penulis mengarahkan peserta berkumpul di dataran belakang surau. Ada agenda yang perlu dilaksanakan. Kebanyakan peserta tidak membawa bersama mereka barang amanah yang telah diserahkan. Mereka meninggalkannya di bilik penginapan sementara masing-masing. Penulis telah berbincang dengan KKII untuk mendenda mereka dengan satu larian.
Sebelum pelaksanaan, peserta perlu diperiksa satu persatu adakah mereka berkeadaan sihat atau sebaliknya. Wujud individu semput dan demam, dan itu merupakan fenomena biasa. Pernah juga penulis mendenda peserta berlari tanpa bertanya menyebabkan beberapa orang diserang asma...
Selesai acara berlari yang sempoi di petang yang nyaman, kami menggiring mereka ke kantin untuk jamuan malam. Makanan telah dibungskus o5m
hdi dalam bekas polistarine dan kerja juga masa menjadi semakin jimat. Al maklumlah, seperta adalah seramai 119 orang. Mana mungkin boleh di layan setiap peserta untuk meletakkan nasi dan lauk ke dalam pinggan setiap peserta...
Setelah doa dibaca, makanan pun dinikmati bersama. Masa untuk makan hanya ditetapkan kurang dari lima minit dek kerana kejaran waktu yang menghimpit. Usai menikmati makan malam kami berkejar untuk melunaskan solat maghrib. Dalam keadaan bintang-bintang telah mula terbit.
Kemudian dari solat kuliah oleh penulis menyusul dengan dengan tajuk jati diri. Usai solat isya aktiviti pembentukan kumpulan pula menyusul.
Sekitar jam 11 malam aktiviti berakhir. Pelajar digiring untuk minum malam. Tatkala selesai minum malam, wujud gelas yang ditinggalksn di atas meja. Tidak pula diketahui sama ada ianya senghaja ditinggalkan atau tertinggal, dan itu bukanlah persoalannya. Apabila ditanya ada kumpulan yang mengaku dengan muka yang ditarik. Maka ini membuahkan kemarahan penulis. Namun penulis tidak menggunakan sentuhan fizikal kerana ianya merupakan etika seorang fasi. Denda boleh dikenakan tetapi jangan sekali-kali cuba untuk menyentuh fizikal mereka dengan kasar. ..ia boleh mengundang implikasi yang besar dalam karier seorang fasilitator.
Setelah selesai peserta di arah untuk tidur. Namun sebenarnya sehingga larut malam pelajar sukar untuk tidur.
Pagi hari kedua dimulakan seawal jam 4.30 pahi. Sangat bersyukur dan berterima kasih kepada KK II yang bangun awal melaksanakan tugas. Penulis sedar agak lewat.
Usai subuh ialah kuliah dan seterusnya riadah diikuti dengan sarapan pagi. Kembara yang merupakan kursus teras program ini dijalankan di dalam kawasan sekolah yang luas ini.
Penulis ditempatkan bersama PPPP buat pertama kalinya dalam cp negara. Penulis menjadi penyoal dan PPPP selaku pengendali aktiviti menyusun kerusi dalam keadaan mata yang tertutup.
Banyak juga soalan berkaitan kenegaraan yang gagal dijawab oleh peserta contohnya berkaitan dengan nama PM, nama ibu negeri dan sebagainya. Betapa anak-anak bangsa kita gagal menghayati tentang negara ini.
Kembara kali ini agak panjang hingga terpaksa ditangguh dahulu untuk solat dan makan. Usai solat zuhur, hujan turun. Lokasi cp kami berpindah ke dalam perut surau dan kumpulan hanya tinggal seorang sahaja.
Selepas kembara menjelma refleksi dan kemudian penulis pulang sebentar kerana kenduri.
Malam kembali bersama sedikit oleh-oleh dan kemudian keluar minum bersama tuan A.
Subuh hari ketiga diikuti dengan tazkirah, riadah dan kemudian ceramah diakhiri dengan parenting.

Ulasan