Tandas awam VS tandas masjid

Topik ini bermain di fikiran penulis sudah agak lama juga. Cuma belum berkesempatan untuk ditulis.
ysia. Adakah kebanyakkannya dalam keadaan yang baik atau teruk?




Kata ahli bijak pandai jika hendak menilai sifat sebenar seseorang sama ada dia seorang pembersih atau pengotor maka cubalah ditinjau perihal tandasnya sama ada berkeadaan bersih atau kurang.

Berlandaskan kepada dalil tersebut, maka cubalah kita tinjau berkaitan tandas di surau dan masjid dalam negara Islam contoh kita Malaysia...





Kebanyakan tandas yang penulis temui khususnya di kawasan selatan tanah air berada pada tahap yang sangat menakutkan...Ini bukan tuduhan tetapi pemerhatian dari mata kepala sendiri.




Penulis agak terkesan dengan tandas di salah sebuah masjid di negari Hang Tuah yang berada dalam keadaan yang baik dan boleh dipuji semasa lawatan penulis sekitar Hari raya baru-baru ini. Sayangnya penulis tidak sempat pula untuk merakamkan fotonya.

Dan sebenarnya hasil lawatan penulis ke tandas masjid sekitar negeri bersejarah tersebut untuk beberapa tahun, memang bahagian tandas  masjid di sana boleh dipuji.

Namun ianya agak berbeza dengan tandas masjid dan surau di kebanyakan lokasi di kawasan selatan. Meskipun kadang-kadang ianya baru, namun pasti akan ditemui sedikit sebanyak keboborokan seperti kerosakan, atau sedikit kekotoran dan sebagainya.

Apakah sebenarnya asbab utama berlaku keadaan demikian? Dimanakah rasa tanggungjawab sang pengguna terhadap kebersihan tandas?

Kadang-kadang memang terdapat tandas masjid dan surau yang gagal diselenggara dengan sempurna. Dengan keadaan alat pengepam yang tidak berfungsi. Lebih malang lagi ialah keadaan tandas yang tersumbat dan mangkuk tandas dipenuhi dengan beraneka 'barangan'.

Terdapat tandas masjid dan surau yang gagal menggunakan sistem terkini. Masih lagi mempertahankan sistem tandas curah. Ianya agak menyukarkan pengguna. Ada tandas yang sudah kehilangan kepala paip. Keadaan kehilangan selak pintu tandas adalah perkara biasa yang berlaku. Ada juga keadaan di mana lampu tandas tidak berfungsi.



Sebenarnya pihak pengurusan masjid dan surau perlu memainkan peranan yang amat penting. Kawasan tandas perlulah diperelokkan pembinaan infrastrukturnya. Janganlah kita hanya membina kawasan wudhuk yang cantik dengan mozek mahal dari itali, mihrab yang berukiran tangan diimport dari Kazakhtan, tetapi lantai tandas hanya bersimen biasa sahaja dengan kepala paip plastik dan alat pengepam murahan.

Apalah salahnya duit tabung masjid yang begitu banyak itu disalurkan kepada kebersihan tandas. Janganlah hanya disalurkan saban tahun untuk jamuan makan-makan-makan sahaja. Kebersihan tandas perlu diutamakan. Apalah salahnya kalau kita berpakat mewujudkan jawatan berbayar untuk pengawasan dan pemantauan kebersihan tandas masjid dan surau qaryah.

Jika kita sanggup berbelanja hingga dua tiga ribu hanya untuk jamuan maulid, dua tiga ribu hanya untuk jamuan eid adha, dua hingga lapan ribu hanya untuk membetulkan kubah masjid yang bocor, beberapa ribu untuk projek cat kembali bangunan masjid, apalah kiranya kalau duit hasil kutipan dari orang ramai itu dikhususkan beberapa peratus untuk membiayai keceriaan dan kebersihan tandas masjid.

Majlis agama dan pejabat agama mungkin boleh memainkan peranan penting dalam hal ini. Jangan hanya menilai masjid/surau cemerlang berdasarkan aktiviti yang dijalankan semata-mata. Peratusan markah untuk kebersihan tandas masjid/surau perlulah ditinggikan sehingga mencapai 60% daripada keseluruhan markah. itupuin jika pihak ini serius untuk menjaga kebersihan dan kesucian tandas masjid.

Janganlah kiranya tandas-tandas awam, tandas di R&R serta tempat awam lain lebih suci, selesa dan bersih berbanding tandas di masjid dan surau..

Ya Allah..berikanlah kami kekuatan...





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol