Kelas enam dan tujuh
Kelas ke enam hari ini ialah ceramah perdana berkaitan tajuk sukarelawan. Al fadhil Prof Madya Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, aktivis yang terlibat dengan peristiwa mavin marmara dipersilakan hadir untuk bercakap mengenai topik besar ini.
Kehadiran 12 seksyen adalah amat memberangsangkan. Tidak dapat ditangkap niat setiap hadirin adakah kerna terpaksa ataukah memang rela ...hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui. Bagi kami, ini adalah jalan yang cuba dibukakan pintunya agar pelajar-pelajar ini mahu mengambil sesuatu darinya.
Bila berakhir ada pelajar yang memaklumkan bahawa mereka telah membeli tiket untuk pulang ke kampung bagi meraikan eid adha pada petang rabu hadapan. Maka perlu ada kelas ganti? Wah...nampaknya mereka pandai bercerita pada waktu yang agak terdesak ini. Kenapa tidak dijadikan isu dalam FB?
Maka mahu atau tidak senang atau tidak..perlulah kepada kelas ganti. Maka dipersetujui dengan gerak hati yang agak keberatan bahawa kelas ganti adalah pada waktu biasa pada petang ini dengan judul pembicaraan ialah raptai atau sesi latihan sebenarnya..
Sekitar jam 5 penulis tiba...mereka telah tiba lebih awal daripada biasa. Semangat apa sebenarnya yang mereka bawa?
Perbincangan mereka memakan masa sekitar 1 jam. Peliknya, tidak ada sesiapapun yang kelihatan dalam keadaan boring atau serba tidak kena. Semua menunjukkan minat yang amat tinggi. Dalam kotak fikiran terlintas, kalau macam ni dari segi teamwork dah dapat marka penuh...
Sekitar jam 6.15, latihan mereka bermula. Dengan gerak langkah untuk senamrobik, pembacaan puisi, nyanyian lagu, goyangan dan sebagainya.
Program ini menatijahkan tentang kesediaan dan kerelaan pihak siswa siswi menara gading turun padang untuk memberikan sedikit impak kepada penduduk persekitaran kampus. Mungkin pengisiannya kelihatan banyak kepada hiburan, tetapi ianya mengandungi sesuatu yang tersembunyi untuk diambil oleh para peserta program kelak. Moga-moga Allah memeperkenankan usaha mereka ini...

Ulasan