Bendera itu di sana sini

Menjelang pagi hari bekerja di sepanjang jalan di Kg Melayu tergantung dua helai kain bendera di setiap pagar rumah. Satu berwarna biru tua dengan lambang dacing dan satu lagi berwarna putih dan merah dengan bulatan berwarna kuning dihiasi sebilah keris tanpa sarung berwarna hijau...



Mustahil ia terpasang dengan sendiri. Mustahil juga ia dipasang oleh tuan-tuan rumah kerana pagar rumah usang yang ditinggalkan juga turut terpampang bendera ini...

Ini mungkin kempen. Ini juga mungkin iklan semasa agar rakyat tidak melupakan warna-warni keramat ini. Ia juga mungkin petanda akhir kepada munculnya hari pembubaran parlimen Malaysia...

Rakyat sudah lama bersedia...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol