Malam pesta muda mudi

Tajuk memang hangat. Tapi sebenarnya hanyalah sebuah majlis makan malam luar biasa yang telah dijayakan oleh sekumpulan pelajar luar biasa. Majlis bermula sekitar jam 8.45 malam mengikut waktu ketibaan kenderaan penulis di tempat meletak kenderaan.

Pengarah program turun untuk menjemput penulis dan isteri. Penulis hanya berpakaian kemeja T dan berselipar sahaja.



Ketibaan kami diumumkan secara rasmi. Kemudian bacaan doa dan juga ucapan penulis, diikuti ucapan pengarah program.

Kemudian kami makan dengan diiringi tayangan montaj. Usai makan ialah acara cabutan bertuah yang tidak berapa bertuah kerana pemegang nombor bukan menerima hadiah tetapi terpaksa melakonkan pelbagai watak.


Mujurlah hanya pelajar sahaja yang terlibat. Penulis akhirnya berangkat pulang dan dibekalkan dengan sedikit  cenderahati.

Sebelum itu kami suami isteri iktikaf di masjid menara nan sebatang dari Maghrib sementara menanti Isya'. Masjid kunun tersohor dan pernah didatangi ulama keturunan Rasulullah SAW ini serta dihadiri pula oleh ribuan jamaah dari seluruh nugara Maghrib malam Ahad kelihatan begitu longlai tidak bermaya. Jamaah yang hadir dikira dengan jari kedua tangan pun tidak habis. Masjid bernilai jutaan ringgit ini kelihatan seperti orang tua yang ditinggalkan oleh anak-anaknya. Sangat sunyi dan sepi...



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol