walimah terkini

Sebentar tadi baru sahaja menghadiri walimah yang simple dikelolakan oleh saudara mara sebelah bapa mertua. Keadaan khemah, makanan dan hadirin seperti biasa. Yang berbeza ialah tanpa iringan sebarang alatan muzik...

Mempelai tiba juga tanpa iringan kompang. Hanya sedikit pertunjukan silat.

Semalam ada dua walimah yang dihadiri. Yang pertama meriah seperti walimah biasa dan diiringi lagu-lagu padang pasir.

Satu lagi lebih meriah beserta DJ dan sudah barangpasti dihiasi pelbagai lagu yang bisa menarik pendengaran tetamu yang hadir..

Itulah walimah terkini. Bersyukur kerna masih ada yang sudi menghayati dan cuba menghidupkan walimah dengan kaedah yang bersesuaian dengan syara'. Terasa agak terguris dengan walimah beserta pakej karaoke percuma...

Salahkah berkaraoke di majlis walimah?

Tidak salah kalau dijaga syariatnya...

Kalau begitu lagu nasyid je le....boring arr...

Tak semestinya. Tapi jarang di majlis walimah disajikan dengan ceramah...Doa sebelum mempelai makan menjadi acara wajib walau majlis disajikan dengan tarian sekalipun. Tiada doa seperti hilang berkat. Tapi lepas berdoa ada berduet lelaki wanita bukan mahram mengalunkan irama dangdut penuh asyik dan goyang tidak pula dianggap menghilang berkat...

Alah...sekali-sekala...budak muda...

Tapi ia bisa membekas pada masa hadapan mempelai jika tidak disucikan dengan istighfar....

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol