Pengunjung masjid : Antara kepelikan dan keajaiban
Laungan azan Asr dari jame menara nan sebatang menggamit hati pencinta Tuhan untuk kembali ke rumahNya setelah seharian berada di medan pekerjaan. Kelihatan dua lelaki memandu laju sebuah kenderaan ringan milik organisasi menuju ke ruang meletak kereta jame menara nan sebatang yang indah dan tersohor.
Tatkala masuk ke perut masjid kelihatan dua lelaki itu sedang solat. Begitu juga sang imam kabir. Kemudian sejurus sebelum iqamah salah seorang lelaki tadi keluar agak terburu-buru dari masjid.
Sang imam kabir pula kelihatan menoleh-noleh kebelakang seolah mencari seseorang. Kemudian solat diiqamahkan oleh orang lain. Bukan muazzin tadi. Sang muazzin tadi juga tidak kelihatan.
Usai solat, kelihatan seseorang sedang duduk bersenang di tingkat bawah ruangan rehat sambil membelek HP. Oh...rupanya lelaki tadi. Rupanya dia menunggu rakannya solat jamaah. Tetapi dia tidak menyertai jamaah. Dia telah solat sendirian sebentar tadi sebelum iqamah. Tatkala sang imam sedang tercari-cari pengganti muazzin untuk iqamah..
Pengunjung masjid semakin aneh dan pelik. Moga-moga tiadalah lelaki tadi termasuk dalam kategori manusia yang disifatkan oleh Abu Hurairah tatkala dia melihat seorang lelaki keluar dari masjid sejurus selepas azan dengan mengatakan jika lelaki ini mati dia berada di luar agama Muhammad SAW
Ya Allah! Kekalkan kami dalam hidayahMu sehingga kami kembali kepadaMu

Ulasan