Sukarkah memberi peluang?

Beberapa hari yang lepas ada di kalangan rakan-rakan penulis yang berpeluang memasuki temuduga untuk jawatan selaku Penolong Pengarah. Difahamkan terdapat dua kekosongan yang wujud.

Bilangan pemohon mencecah ribuan angkanya. Namun yang berjaya disaring hanya berbelas sahaja. Calon dalaman tidaklah sampai habis jari-jari kedua tangan untuk mengiranya.

Namun yang tidak memiliki segulung kertas bernama ijazah, hanya memiliki helaian kertas peperiksaan khas sahaja tidak mendapat jemputan untuk menyertai sesi temubual yang dibuat.

Maka berkokoklah insan yang tidak dijemput ini. Meskipun secara teknikalnya adalah layak, namun kerana gagal melepasi saringan yang direkacipta oleh pembuat dasar, maka terbitlah perasaan kurang senang itu.

Kurang lebih dua tahun sebelum itu, sang pemegang helaian kertas peperiksaan khas itu, yang merupakan pemegang tunggal di organisasi tersohor sehingga catatan ini ditaip, turut dipanggil dalam satu temubual eksklusif jam 12 tengah malam.



Namun pada kali ini peluang itu tiba-tiba menjadi gelap dan sukar. Tidak pula diketahui kesukaran dan kegelapan itu senghaja di ada-adakan atau pun tidak secara senghaja...

Kadang menjadi ajaib dan hairan. Dua sahabat yang sebelum ini memohon tetapi tidak dipanggil kali ini dipersilakan. Manakala yang dahulu dipanggil kali ini dibiarkan terus resah gelisah menanti giliran.

Apakah bentuk saringan yang dibuat? Sukarkah untuk ianya dikongsi bersama semua pemohon agar tidak timbul kegelisahan dan fitnah?



Terlalu besarkah rahasia penentuan kriteria dan saringan calon untuk temuduga? Adakah dasar pemilihan dan saringan senantiasa berubah bagai ombak yang boleh mengubah pantai?

Siapa pula yang meluluskan setiap perubahan dasar pemilihan?

Banyak sangat tanya.....Ada mata pejam...Ada mulut diam..Angguklah aku..ampulah aku...pujilah aku... senang hidupmu.




Wallahu A'lam

Ulasan

pokde ajai berkata…
tiada kata untuk d ucap...tiada ayat untuk d susun....hanya menunggu...menunggu...dan terus menunggu...harapan pohon akan berbunga dan berbuah hasil yang indah dan manis....doa dipanjat dan harapan d letak....moga ada perubahan...InshaaAllah....

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol