Ini majlis rasmi kita

Seorang rakan penulis berkesempatan menghadiri majlis pelancaran bertaraf kebangsaan di ibu kota pemerintah tengahari yang agak mendung tetapi terik dan hangat.

"Apa yang menjengkelkan aku kenapa mesti ada acara tarian dua pasangan ? Meskipun mereka berpakaian tradisional tetapi penari perempuan tidak berhijab...."

"Yang lebih menarik ialah sebaik sahaja acara tarian pembukaan berakhir, bacaan doa pun dipanjatkan seolah-olah tidak berlaku sebarang kefasadan sebentar tadi. Betullah sabdaan Rasulullah SAW akhir zaman semakin ramai penari / penyanyi akan muncul..."

Teringin rasanya hendak melihat pembukaan majlis rasmi dimulakan dengan bacaan beberapa potong ayat-ayat suci Al Quran beserta terjemahan..

"Tapi ada yang kurang senang..."

"Kalau begitu apa bezanya dengan musyrikin Makkah yang menghalang bacaan Al Quran..?"



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol