Keputusan SPM - Gembira ke hibe?
Keputusan SPM 2012 akhirnya diumumkan oleh pihak KPM pada semalam. Maka pada waktu berita jam 8, hampir kesemua saluran TV memaparkan kisah kejayaan para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang ..Tetapi tidak pula dipaparkan wajah atau reaksi mereka yang kurang cemerlang atau tidak berapa cemerlang
Ada yang sangat ceria, ada yang tidak berapa nak ceria, ada yang rasa nak ambil periksa kembali...
Terkenang penulis pada saat mengambil keputusan peperiksaan dahulu. Dek kerana sekolah terletak di negeri Darul Makmur, maka adalah agak sukar untuk ke sana lebih awal. Lagipun tentulah keputusan tidak berapa baik. Jika tidak, rasanya pihak sekolah dah call awal-awal. Tapi tu dunia sekarang.
Setelah mendapat keputusan secara lisan di telefon, penulis merancang dengan rakan-rakan lain untuk ke sekolah bagi mendapatkan slip peperiksaan. Kami bertiga bergerak awal pagi dari Johor dengan menaiki bas Cepat Ekspres
Setibanya di Kuantan, menaiki bas hitam putih menuju ke sekolah. Keadaan sekolah tidak berubah apa pun sebenarnya. Baru sahaja ditinggalkan tidak sampai setahun. Selepas selesai beberapa perkara, kami bergerak balik pada hari yang sama. Dapat bas tengah malam dan tiba di Ayer Hitam sekitar jam 5 pagi. Berehat di Masjid Jame atas bukit dan kemudian bergerak pulang ke rumah..
Bagi semua yang menerima keputusan SPM semalam, redhalah dengan ketentuan Allah. Segala usaha telah dicurahkan. Apa guna bermuram durja ? Jika sekiranya ada rasa boleh ambil spm lagi, teruskan. Jika keputusan sedia ada mampu melonjakkan anda dengan masuk ke mana-mana isntitusi, teruskan ...
Semoga anda akan mendapat kebaikan ...
Ulasan