Remaja kita cenderung bercumbu dan berpeleseran....
Remaja melayu-Islam kita semakin hari semakin gemar dan cenderung untuk berpeleseran, bergaul bebas antara berlainan jantina serta bercumbuan. Mengenai hiburan usah ceritala. Sejak sebelum zaman Pak Maon lagi remaja kita cenderung ke arahnya.... Mungkin ia dianggap biasa di akhir zaman...
Tetapi kadang-kadang kita merasa agak pelik. Kemana perginya fungsi NGO dan parti politik untuk menyelesaikan masalah ini? Adakah dengan melancarkan kelab rempit mampu menamatkan masalah rempit dan lain-lain yang berkaitan seperti bohjan dan sebagainya?
Adakah dengan mengadakan pesta-pestaan seperti pertandingan menari, menyanyi dan sebagainya mampu menutup masalah hendonisme yang semakin meruncing? Ataukah ianya hanya menambahkan lagi bilangan remaja couple?
Kemana pula fungsi NGO dan parti politik atas nama agama? Hingga ke saat ini kecenderungan kumpulan ini ialah kepada remaja yang bermasalah dan remaja yang sudah ada kesedaran beragama.
Tanpa menafikan kepentingan untuk kedua-dua kumpulan ini, kedua-dua jenis badan dakwah ini juga sepatutnya sudah bergerak di tengah-tengah masyarakat yang cintakan Islam untuk memerangi maksiat dan mendekati golongan remaja berpeleseran agar kembali kepada agama itu sendiri.
Memang tidak dinafikan bahawa pihak berautoriti sudah agak lama menggerakkan forum-forum berbau keagamaan di lokasi luar masjid, tetapi masih belum ada yang dianjurkan di shopping kompleks, mungkin kerana beberapa masalah perundingan dengan pemilik premis. Tetapi hairan juga kerana program selain agama yang turut dianjurkan oleh pihak berkuasa boleh pula dilaksanakan dengan mudah...
Dek kerana forum atas nama agama itu dilaksanakan di padang sekolah, atau semasa pesta konvokesyen, maka kehadiran selalunya tidak sehangat penganjuran pesta nyanyian tajaan astro meskipun dibuat di lokasi yang sama.
Oleh kerana remaja kita masih gemarkan muzik dan nyanyian artis, apalah kiranya kalau forum-forum tersebut diserikan dengan persembahan nasyid dan sebagainya. Mungkin masslah pembayaran pula. Mana penganjur nak cari duit?
Parti politik Islam dan NGO berasaskan Islam sebenarnya tidak perlu tunggu sehinggaIslam memerintah baru hendak bersungguh laksanakan gerakan amal maaruf nahi munkar. Sekarang pun noleh buat. Lihat bagaimana pihak JAKIM berjaya manubuhkan skuad anti valentine day pada februari lepas.
PEKIDA misalnya tak perlulah sibuk hendak menjadi samseng sahaja. Lebih mulia jika sifat samseng itu difokuskan kepada para couple yang bertebaran di luar sana. Penulis fikir jika mereka ini meronda bandar dengan moto mencegah maksiat, tentu tidak ada seorang pun yang berani berjalan berduaan di atas jalan raya. Pasti akan diberi amaran keras oleh geng PEKIDA ini sebagaimana amaran yang diberikan kepada orang yang gagal melunaskan hutang..
Kita juga tidak pernah mendengar pemuda parti pemerintah bersama dengan pemuda parti belum memerintah untuk melaksanakan amal maaruf secara bersama. Pemuda parti pemerintah mempunyai akses yang luas terhadap peralatan dan perkakasan kerajaan terutamanya media perdana manakala parti belum memerintah khususnya yang lebih mesra agama tentu sahaja mampu menggerakkan sekian ramai agamawab mereka untuk membantu.
Adakah dengan menganjurkan majlis maulid dan tahlil sahaja sudah memadai bagi pasukan pemuda parti pemerintah untuk mencapai KPI menjaga kesucian Islam?
Jika ditaqdirkan kedua-dua kelompok ini bersatu untuk melaksanakan amal maaruf ini maka negara Insya Allah akan menjadi aman. Masakan tidak jika kedua-dua parti terbesar muslim ini bersatu untuk melaksanakan kerja ini tanpa melalui sebarang rintangan politik....
Tetapi mampukah ia berlaku?

Ulasan