Pandangan Mata Selalu Menipu..Pandangan Akal selalu tersalah..pandangan nafsu selalu melulu..pandangan hati itu yang hakiki..kalau hati itu bersih..
SK Senggarang - Hanya video mampu bercerita
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
-
Program dua hari satu malam ini dilaksanakan oleh empat orang sahabat...Pelajar yang hadir lebih kurang 140 orang ... Keadaan pelajar boleh tahan juga ...
Taaruf Kem Komandan Istilah kem komandan biasanya akan digunapakai dalam aktiviti kem bagi program-program kursus mahupun program latihan seperti jatidiri, kem kepimpinan dan sebagainya. Kem komandan biasanya dikaitkan sebagai individu yang paling berkuasa dalam melaksanakan dan mengatur disiplin peserta, peraturan program, keselamatan perjalanan aktiviti secara keseluruhannya. Watak-watak 1. Watak kem komandan Sungkai Tatkala penulis menyertai kursus di Sungkai Perak. Kem komandan muncul buat pertama kalinya semasa menyambut kedatangan kami. Memberikan arahan untuk ke penempatan. Kemudian taklimat ringkas di dewan. Sangat menjaga disiplin dan masa. Kami pernah didenda dan dihamun tatkala perhimpunan selepas makan tengahari hanya semata-mata kerana meja makan yang tidak bersih. Akibatnya kami didenda berlari mengelilingi padang. Setiap kali sebelum masuk ke dewan untuk aktiviti, kami akan berkumpul di padang 'huru-hara' untuk memeriksa kehadiran mengikut masa, bar...
Jurutol...satu nama yang tidaklah segah seorang juruterbang apalagi jurutera. Ianya adalah sebuah profesion yang agak unik kerana bilangan mereka agak terhad manakala tugasan mereka juga boleh dianggap tidak penting. Tetapi sebenarnya mereka ini memainkan peranan yang agak besar untuk menambah hasil negara. Penulis pernah menjawat jawatan berprestij ini. Ya .. sekitar tahun 1993, apabila rakan² lain berjaya mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi, penulis bukanlah seorang yang berjaya mendapat tawaran yang sama. Akhirnya penulis telah mendapat tawaran sebagai seorang jurutol di salah sebuah syarikat lebuhraya tersohor. Tatkala itu, lebuhraya utara selatan masih lagi dalam proses pembinaan dan penyiapan. Penulis masih ingat dimana diarah melapor diri di pejabat wilayah selatan yang terletak bersebelahan plaza tol Yong Peng kini. Disitu, penulis diberikan latihan bersama beberapa rakan yang lain selama lebih kurang dua minggu. Selepas latihan, penuli...
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. Setiap masjid dan surau di negara ini adalah memiliki AJK tersendiri yang bertanggungjawab mentadbir dan memakmurkan rumah Allah dengan sebaik-baiknya. Dengan menggunakan ayat di atas, maka dibentuk di setiap anak qaryah akan AJK yang terdiri daripada beberapa orang yang dipercayai boleh dan mempu menjalankan tugas tersebut dengan sokongan ketua kampung ataupun penghulu mukim. Biasanya jawatan pengerusi akan cuba dipegang oleh mereka yang mempunyai kalaupun tidak banyak, sedikit pengaruh politik pemerintah, dan itu adalah kenyataannya!! Bagi yang agak gerhana dengan parti yang masih memerintah, peluang untuk menjadi khadam masjid qaryah a...
Ulasan