Kalau ribut solar melanda....
Petang semalam tatkala bersantai di hadapan peti televisyen sambil menonton siaran astro, dokumentari menceritakan mengenai ribut solar yang agak besar dijangka melanda sekitar tahun 2013 dan 2014. Ribut solar ini jika berlaku boleh menyebabkan kerosakan pada peralatan elektrik dan ianya mengambil masa sedekad untuk dibaik pulih!! Apabila perkara ini benar2 terjadi, kesemua peralatan termasuk telefon bimbit dan sebagainya tidak boleh digunakan lagi.
Tengahari ini penulis berada di Pejabat Pendaftaran Negara untuk membuat kad pengenslan baru setelah ditegur kerani di pejabat tanah mengenai salinan kad pengenalan yang tidak memperlihatkan lagi wajah penulis dengan jelas.
Tatkala tiba, pelanggan kelihatan ramai. Mengambil nombor di kaunter mendapat no. Pendaftaran7197 dan nombor sekarang ialah 7158. Kelihatan hanya ada dua kaunter sahaja yang melayani nombor ini dan sebenarnya hanya satu sahaja yang berfungsi.
Sesuatu yang lebih menjengkelkan ialah penghawa dingin pejabat tidak berfungsi! Dengan suasana di luar yang agak panas, keadaan haba dengan dewan tertutup dan dipenuhi manusia pasti akan menerbitkan sensasi seakan berada di sauna bersuhu sederhana!
Apabila teringatkan teori yang ditimbulkan mengenai keadaan elektrik dan elektronik dunia yang bakal berakhir dab ramalan Rasulullah SAW mengenai peperangan akhir zaman yang hanya menggunakan pedang, penulis cuba membayangkan bagaimana keadaan manusia tanpa kecanggihan peralatan elektrik dan elektronik. Datang ke pejabat kerajaan seolah berada di Bandar Tanjung Putri bangunan Sultan Ibrahim sekitar abad ke 18. Mungkin pada awalnya agak sukar. Lama kelamaan semakin sukar? Tiada lagi urusan on line. Kesemuanya manual. Mungkin ramai yang akan ke pejabat dengan hanya memakai pakain ringkas. Maklumlah terpaksa berbasikal ataupun menunggang haiwan....
Keadaan pejabat yang gelap tanpa lampu dan juga panas memaksa bangunan diubahsuai dengan kadar segera....
Mampukah masyarakat moden pada hari ini kembali ke zaman kerajaan melayu melaka?

Ulasan