Kalaulah begitu ..

Satu siaran khas telah diadakan dan disiarkan secara langsung oleh kesemua TV nasional. Parti Pernah Memerintah (PPM) dan Parti Belum Memerintah (PBM) akan membentangkan manifesto masing-masing secara life. Presiden atau Ketua kedua-dua parti akan membentang kan manifesto mereka pada malam ini. Siaran langsung selama 2 jam itu dijangka akan memberikan manfaat yang besar kepada rakyat untuk menilai kedua-dua parti..

Seperti yang dijanjikan, majlis berjalan dengan baik dan suasana penuh harmoni. Dijanjikan pula pada keesokan harinya, siaran langsung akan diadakan lagi untuk membincangkan manifesto secara lebih khusus dan kupasan menarik daripada kedua-dua parti..

Kalaulah hal keadaan itu berlaku sekarang, tentu lebih harmoni..

Bukan seperti sekarang dimana hanya sebahagian parti sahaja yang mampu menggunakan saluran media untuk berkempen secara langsung dan tidak langsung manakala parti yang lain dibiarkan sukar untuk bernafas,.Kalau adapun melalui pentas ceramah umum dan juga media   terkini, seperti saluran internet dan sebagainya...

Di negara jiran , misalnya, parti bukan pemerintah diberikan hak untuk membentangkan manifesto di kaca televisyen...tetapi parti pemerintah tetap memenangi kerusi yang dipertandingkan. Ini kerana parti pemerintah berjaya memberikan keyakinan padu kepada rakyat untuk terus memberikan sokongan padu kepada mereka..

Di negara maju seperti US, calon presiden diberikan peluang untuk memberikan ucapan dan cadangan dasar2 yang bakal dilaksanakan apabila terpilih kelak. Maka rakyat akan mampu menilai..

Teringat kata-kata salah seorang ahli akademik, kita mempunyai kelengkapan dan peralatan kelas pertama tetapi sayang, kita masih mempunyai minda kelas ketiga...

Maka fikir-fikirkanlah ...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol