KERNA Sekeping Tanah Kurnia
Sekitar jam 7.30 pagi tatkala penulis tiba di ruang legar pejabat tanah, kelihatan manusia yang beratur sudah sedia panjang. Sebenarnya telah dijangkakan akan keadaan luar biasa ini. Namun dek kerana urusan lain yang perlu dibereskan, jam 7.30 pagi dilihat sebagai waktu yang paling ideal untuk bersama merasai jerit perih rakyat yang ingin memiliki sekeping geran tanah kurnia.
Sebagaimana lazimnya setiap kali menjelang pilihanraya umum, maka pada saat itu pejabat tanah daerah akan mengumumkan pembukaan permohonan tanah kurnia. Dan meskipun terpaksa beratur panjang untuk mengambil borang dan seterusnya menghantar borang, orang ramai kelihatan setia menunggu giliran.
Sudah dua jam menunggu namun masih belum tiba di kaunter. Dari suara yang kedengaran ada yang sanggup berkampung sejak awal subuh lagi...
Begitulah sikap kita terhadap sedikit anugerah duniawi. Sanggup mengharungi segalanya. Meskipun belum pasti boleh dapat, tetapi usaha dibuat semahunya.
Berbeza dengan tawaran pahala. Kebanyakan dari kita ambil sikap sambil lewa. Meskipun janji Allah itu benar. Siapa yang melakukan amal dan bersegera untuk beramal pasti dijanjikan ganjaran. Berbeza dengan fenomena mohon tanah kurnia ini. Meskipun kita hadir seawal fajar sekalipun, dapat belum tentu.
Berbaris panjang juga akan mengingatkan diri ini tentang perhimpunan di yaumil mahsyar. Dengan terik mentari dan terpaksa menunggu sehingga bertahun dan kaunter yang dibuka hanya satu sahaja. Di disini sekarang berdiri di bawah khemah dengan cuaca nyaman serta banyak kaunter disediakan.
Beratur panjang juga mungkin selaku tarbiah terhadap nafsu yang tidak kenal erti lemah dan sakit. Mengambil masa selama TIGA JAM..baru berpeluang untuk duduk di kaunter..
"Kenapa kita boleh berdiri tiga jam untuk maksud dunia..tetapi berdiri setengah jam untuk solat dah mula bersungut?"

Ulasan