SABAK MUNI - Bila Burung Sabak Berbunyi
Burung Sabak - dinamakan juga sebagai burung hantu atau burung pungguk dan perkataan muni pula bermaksud berbunyi mengikut istilah di kalangan orang jawa. Begitulah yang tertulis pada kenyataan di dinding bangunan baru sekolah kebangsaan Seri Sabak Uni, sekolah yang menjadi medan seterusnya untuk tahun 2013.
Program bermula selepas solat Jumaat dalam keadaan penulis agak terlewat. Awal pagi berada di halaman pejabat Tanah Daerah Kluang. Menjelang zawaal memecut menuju ke pejabat sebentar. Solat Jumaat di Jamek Menara Nan Sebatang dan akhirnya menuju ke lokasi ..
Tatkala tiba, pelajar sudahpun berkumpul di kawasan yang ditetapkan oleh guru mereka. Beberapa minit kemudian, peserta masuk ke dewan yang merupakan kelas-kelas yang dibuka dijadikan dewan sementara dengan lantai yang ditutupi oleh tikar yang baru sahaja dibeli oleh guru yang bertanggungjawab. Menjenguk juga ke penginapan sementara yang disediakan yang merupakan bilik pra sekolah mempunyai dua bilik mandi kurang selesa dengan mangkuk tandas bersaiz S ...
Program dimulakan dengan taklimat oleh KK diikuti oleh penyerahan barang amanah yang berupa sampul berisi kenyataan tertentu. Lagu program dan juga ikrar beserta pelantikan amir dan amirah juga dibuat ..
Selesai taklimat, ice breaking mengambil tempat. Diikuti oleh dinamika kumpulan berserta pembentangan tanpa menanti waktu malam sebagaimana biasa. Sekitar jam 6.30 petang, makan malam dalam dulang dikongsi 4 orang. Kemudian, peserta bersiap untuk solat. Tiada peluang untuk mandi. Peserta seramai 92 orang akan mengambil masa agak panjang jika dibenarkan mandi ..
Selepas solat Maghrib, Jati Diri melanda... Kemudian masa agak terhad. Menjelang jam 9.00 malam, SDK KAsih dan I'tiqad mengambil bahagian. Sudah ada yang mula menangis ..
Sekitar jam 11.30, kembara bermula. Waktu paling tepat ialah jam 12.00 malam peserta mula bergerak dengan ditutup mata ..
Bermacam ragam keadaan pelajar yang berlaku. Kebanyakkan dalam ketakutan. Pantang dicuit, ada yang melompat, ada yang merayu .. mujur tak ada yang menangis. Walhal program diadakan dalam kawasan sekolah sahaja.
Ini adalah untuk menguji sejauh mana kebergantungan seseorang terhadap Allah Azza Wajalla. Pabila diri keseorang dibiarkan pada malam sepi, meskipun suara kenderaan tidak henti menerjah cuping telinga berpunca dari laluan jalan raya di hadapan, ketakutan tetap menyelubungi ..
Permainan ini hanya tamat sekitar jam 3.00 pagi. Pelajar kemudian dibenarkan untuk tidur. Para guru petugas kelihatan berkeliaran di bilik penginapan pelajar. Izinkan KK masuk tidur terlebih dahulu.
Sekitar jam 5.00 pagi, suasana sudah bising seolah pasar borong...ketika keluar kerna sesuatu hajat, kelihatan peserta sudah mundar mandir. Ada yang duduk menunggu di pondok dan sebagainya lagi...
Menjelang subuh, barulah penulis keluar untuk menghadiri solat berjamaah. Seusai solat, acara tangisan berlangsung sebagaimana lazimnya di bawah pimpinan TG. Ini bersambung dengan acara penulisan warkah dan graf suka duka. Mengambil kesempatan ini, dengan juadah sarapan yang masih belum tersedia dan perut mula memainkan orkestra, kami keluar mencari kedai makan yang setimpal ..
Sekitar jam 9.00 pagi, solat sunat Dhuha didirikan. Kemudian, pelajar bersarapan seterusnya kembali untuk acara Control Your Gold bersama Kapitan. Sekitrar jam 12.00, pemulangan barang amanah dan kemudian menjelang zawaal, makan tengahari dan seterusnya solat zuhur berjamaah..
Seusai solat, peserta mengemas barang peribadi dan bilik penginapan. Kemudian digiring ke tingkat atas bagi acara parenting. Program berjaya diselesaikan sekitar jam 4.00 sebelum menjelang waktu Asr.

Ulasan