Kuliyyah Subuh.....

Seusai solat subuh bergerak ke masjid jame kg melayu yang masih hangat binaan barunya. Penulis hanya cuba-cuba sahaja kesana. Kadang-kadang tuan guru tidak dapat hadir. Tapi alhamdulilla subuh ini ada pengisian yang dibuat...


Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu :
  1. Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja
  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
  3. Zakat dijadikan hutang
  4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
  5. Anak derhaka terhadap ibunya
  6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
  7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
  9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
  10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
  11. Arak sudah diminum secara berleluasa.
  12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
  13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
  14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan.
  15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain"

Tuan guru juga membuat pesanan akhir berkaitan pilihanraya dan kaedah memilih pimpinan. Masalah yang berlaku di bumi tengah selatan semenjung seperti pembiakan kedai-kedai judi, kelab malam dan sebagainya perlu dimaklumkan kepada pimpinan yang bakal memenangi kerusi ...

                 

Tuan guru juga membacakan sepotong hadis yang bermaksud, "Sesiapa yang menunjukkan jalan kemaksiatan, maka dia akan dianggap terlibat sama"

Sebagai contoh , kata beliau, jika ada arakan kita dari Pulau Pinang datang kepada kita dan bertanya, 

"Dimana kedai ada jual arak termurah dan tersedap?"

Maka kita tunjukkan suatu kedai yang kita tahu, meskipun kita tak pernah sentuh botol arak, apalagi menikmatinya, maka apabila rakan tadi itu membuat pembelian dan minum, maka kita sama mendapat dosa dari perbuatannya..

Jika ditaqdirkan pula rakan kita tadi membawa pula 5 orang rakan lain dan terus menuju ke kedai tersebut , memesan dan meminumnya, maka kita juga mendapat saham yang sama.

Tuan guru juga membuat analogi, jika kita membiarkan maksiat bercambah, kedai arak membiak, kedai judi bak cendawan lepas hujan, di kawasan kita, sedangkan yang berkuasa yang memberikan lesen, kata kita. Kita tak pernah sokong pun maksiat tu...

Tetapi...siapa pula yang memberikan kuasa kepada pengeluar lesen? Tentulah kita melalui mandat dalam pilihanraya ..bukankah begitu ..?

TERKINI ..

Budak kacamata tu berjaya menewaskan lelaki memakai kot hitam dengan majoriti 1,108 berbanding tahun 2008 majoriti 8,480 .. 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol