Riwayat kereta

Penulis mula memiliki kereta pada 1997 setelah berjaya dalam ujian lesen memandu kereta. Kereta pertama yang dibeli ialah Proton Tiara second hand. Harganya penulis telah terlupa. May be sekitar belasan ribu. 



Penulis terpaksa mengajak rakan sepejabat (masa itu bertugas di pejabat agama daerah) untuk bersama mengambil kereta tersebut.

Kenderaan sama seperti dalam gambar. Masa tu dah rasa megah dapat mempunyai kereta sendiri...

Kemudian setelah beberapa bulan, muncul beberapa penyakit seperti plate brake telah haus, dan kemudian masalah - masalah lain. Tiara ni ok untuk dipakai namun harganya di pasaran menjunam jatuh. Dirawikan bahawa ianya bertubuh Malaysia tetapi isi anggota adalah citroen punya. Bayangkan jika air radiotor pun tak boleh pakai air biasa. Kena beli dengan harga yang agak mahal..

Proton Tiara Copper Radiator  - Image
Belanja untuk maintainace kenderaan memang memeningkan. Pernah sekali kena tukar drive sharp...sebatang (sebelah) sahaja mencecah RM250.00 masa tu...




Akhirnya sekitar september 2001, penulis di cadangkan oleh salah seorang rakan setugas, semasa itu Penghulu Mukim Yong Peng untuk menukar kenderaan di parit sulong. Mujurlah masih ada kedai kereta yang mahu trade in Tiara nih..

Maka muncullah Iswara Aeroback merah. Kenderaan ini banyak juga masalahnya namun alat ganti mudah dicari dengan harga yang agak berpatutan. Ianya  banyak berjasa kepada penulis lebih-lebih lagi sepanjang berkhidmat sepanjang 80km setiap hari berulang-alik dari rumah ke tempat kerja dengan jalan yang sedang dinaik taraf ...

Ianya pernah mengalami kemalangan kecil, pertama di warung sekitar tahun 2002 dengan lori yang melalui jalan sempit. Kedua di Mersing tatkala menghadiri walimah bila kembali, bahagian belakang kereta telah kemek..kes langgar lari..kemudian dilanggar pula oleh bapa saudara isteri di rumah beliau semasa kejadian banjir pertama ...

Pernah bertukar alat ganti air cond bernilai sekitar RM400++.

Menjelang tahun 2004, penulis mula berkira-kira untuk menukar kereta baru. AKhirnya, dengan bantuan salah seorang bapa saudara isteri, berjaya memiliki Wira Sedan ..



Ini merupakan kenderaan baru pertama yang berjaya dimiliki. Banyak juga berkhidmat kepada penulis. Pernah bertukar kipas radiator..AKhirnya pernah juga dilanggar lori tatkala memotong di sebelah kiri jalan...

AKhirnya pada 2008, penulis bertukar kepada naza citra...low spek dengan harga sekitar 68,000 ++..


Citra ini mempunyai enjin 2.0...minyak kuat juga ... sudah dua kali mengalami kebocoran tayar di pertengahan jalan. Pertama tatkala dalam perjalanan ke KL jam 12.00 tengaha malam. Mujurlah masih berada di pekan pesisir dan tidak dipandu laju. 

Kedua tatkala dalam perjalanan pulang dan hampir tiba di kawasan kediaman penulis ...

Setakat ini sudah dua kali tukar timing belt. Pertama kali dengan harga RM300.00++...kali kedua baru sahaja beberapa hari dengan RM460.00..

Tayar telah ditukar dua kali depan dan belakang. Radiator pernah mengalami kebocoran dan telah berjaya di tampal sahaja. Kayu penukar lampu bermasalah sejak dibeli..semasa dalam warannty pernah ditukar ..

Semasa dalam warranty juga servis memakan belanja besar .. RM250.00 setiap kali servis dan jumlah itu semakin meningkat...hingga mencecah RM300 - RM400.000 sekali servis. Sebaik sahaja tamat tempoh warranty servis di kedai bengkel biasa dengan hanya RM150.00 sahaja ...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol