Antara mencari qari dan mencari bintang....

KOTA BARU: Qari Perak, Anuar Hasin dan qariah Pahang, Hanimzah Jalaluddin dinobat sebagai johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-56 yang berlangsung di Dewan Balai Islam Kompleks Islam Darul Naim, Lundang di sini.
Masing-masing membawa pulang sebuah kereta Proton Preve, yang merupakan hadiah tambahan tajaan Tabung Haji pada tahun ini, selain wang tunai RM15,000 beserta piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan.
Anuar memperoleh 92.33 peratus markah manakala Hanimzah mendapat 88.34 peratus.
Mereka akan mewakili negara pada Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur dari 29 Jun hingga 6 Julai ini.
Sementara itu, qari Negeri Sembilan Amirahman Abas yang mengutip 89.67 peratus markah muncul naib johan manakala tempat ketiga milik qari Terengganu Mohamad Hafas Ali yang mendapat 86.67 peratus.
Naib johan qariah pula disandang peserta Johor Nor Azrah Ayub yang memperoleh 86.00 peratus markah manakala tempat ketiga milik qariah Kedah Marzian Mohd Deli (84.34 peratus).
Bagi naib johan qari dan qariah, masing-masing menerima wang tunai RM10,000 beserta cenderamata dan sijil penyertaan manakala tempat ketiga membawa pulang RM7,000 selain cenderamata dan sijil penyertaan.
Hadiah saguhati berupa wang tunai RM3,000 beserta cenderamata dan sijil penyertaan diberi kepada semua peserta.
Hadiah disampaikan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V. Turut hadir Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Seramai 14 qari dan 15 qariah memperdengar bacaan masing-masing pada tilawah yang berlangsung lima hari sejak Isnin lepas. - BERNAMA

JUARA Bintang Mencari Bintang (BMB) sah milik anak didik, Harun Salim Bachik, Achey.

Achey atau nama sebenarnya. Mohd Nasir Hamzah membawa pulang wang tunai berjumlah RM 200,000.

Peserta asal dari Labis, Segamat Johor ini bangkit dengan idea yang ringan tetapi menghiburkan.

Achey mendahului dari segi pungutan markah juri awam apabila diberi markah penuh pada persembahan pertama dan 19 markah untuk persembahan pertama.

"Saya sebenarnya tak sangka dengan kemenangan ini. Memang tak pernah mimpi untuk sampai ke tahap ini," katanya ketika ditemui pada sidang media BMB, malam tadi.

Secara keseluruhan, Achey menerima 79.3 peratus markah.

Sementara anak didik Afdlin Shauki, Bocik muncul naib juara dengan 61.7 peratus.

Anak didik Sabri Yunus, Titan pula mendapat 52.1 peratus markah dan anak didik Faizal Ismail, Tapaw memperolehi 50.5 peratus.

Masing-masing membawa pulang wang tunai RM 100,000, RM60,000 dan RM 30,000 beserta trofi.

Format pemarkahan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus melalui undian SMS dan 20 peratus daripada juri awam.

Nilai hadiah kedua-kedua pertandingan ini amat berbeza...cuba tuan puan nilaikan sendiri dari neraca keimanan...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol