Hadis berkaitan solat jama tanpa sebab

At Thabrani meriwayatkan dalam Mu'jam Ash Shagir, Muhammad b Al Hassan Ibn Harun al Maushili memberitakan kepada kami, Muhammad bin Ammar al Maushili memberitakan kepada kami memberitakan kepada kami Umar b Ayub, dari Mu'adz bin 'Aqabah, dari Ziyad bin Sa'ad dari Abi Zubair dari Said bin Jubair dari ibn Abbas : "Sesungguhnya Nabi SAW telah menjamak antara zuhur dan asr, Maghrib dan Isya (Izalatul Katar, hal 136 Dari Kitab Haula Ash Shalah wa jama' baina faridhatain oleh As Syekh Abdullatief al Baghdadi. Penerbit Dar Al Ihya Li at Turats al Arabi, Beirut.

At Thabrani meriwayatkan dalam Mu'jam al Ausath dan al Kabir dengan sanad dari Abdullah bin Mas'ud, katanya"RAsulullah SAW menjamak di Madinah antara Zuhur dan Asar, maghrib dan Isya" Maka dikatakan kepada beliau tentang itu, dan beliau berkata, Saya berbuat demikian agar tidak memberatkan ummat..

At Thabrani adalah Abul Qasim Sulaiman bin Ahmad bin Ayub bin Mudhair al Khumi . Beliau telah bermusafir dari Syam ke iraq, Hijazz, Yaman, Mesir dan lain-lain untuk menjejak hadis, dengan syekh seramai 1000 orang !! Abu Nu'aim al Ishbahani meriwayatkan darinya. Ia memiliki pelbagai karya dan yang paling popular adalah al Ma'ajim ats Tsalatsah, al Kabir, al ausath dan as saghir. Lahir di Thabriyyah, Syam pada tahun 260 dan tinggal di Isfahan serta wafat di sana pada tahun 360H.

Abu Dawud ath Thayalisi meriwayatkan dalam Musnadnya ia berkata : "Hammad bin Salmah memberitahukan kepada kami, dari Amr, dari Jabir, dari Ibn Abbas : "Sesungguhnya Rasulullah SAW solat di Madinah tujuh dan lapan bersamaan"

Dalam riwayat lain Abu Dawud memberitahukan kepada kami, ia berkata, Habib dari Amr bin Haram memberitahukan kepada kami, dari Sa'id bin Jubair : "Sesungguhnya  Ibn Abbas telah menjamak antara zuhur dan Asr kerana suatu kesibukan dan ianya menyatakan bahawa ia pernah solat Zuhur dan Asr bersama Rasulullah SAW di Madinah"

Abu Dawud telah memberitakan kepada kami, ia berkata, "Qurrah bin Khalid memberitakan kepada kami, ia berkata :"Abu Zubair memberitakan kepada kami ia berkata, "Sa'id bin Jubair memberitakan kepada kami dari Ibn Abbas ia berkata : "Rasulullah SAW telah solat jama antara zuhur dan Asr, Maghrib dan Isya, saya bertanya apa yang beliau mahukan dari perkara tersebut? Dia berkata, baginda mahu agar ianya tidak menyusahkan ummat"


Abu Dawud memberitakan kepada kami, ia berkata, "Hammad b Zaid memberitakan kepada kami, ia berkata : Az Zubair bin Khurait al Azdi al Makki memberitakan kepada kami, ia berkata : Abdullah bin Syaqiq al 'Aqili memberitakan kepada kami, ia berkata, "Kami menyaksikan Ibn Abbas berkhutbah di Basrah, dan ia tidak berhenti berkhutbah sehingga matahari terbenamdan bintang mulai timbul. Maka salah seorang lelaki dari Bani Tamim berkata, "Solat..Solat" Maka Ibn Abbas berkata, "Celaka kamu, apakah kamu akan mengajarku mengenai sunnah? Rasulullah SAW telah menjamak antara dua solat, antara Maghrib dan Isya. Ibn Syaqiq berkata, "Aku merasa ada sesuatu keraguan dalam diriku sehingga bertemu dengan Abu Hurairah dan aku bertanya kepada beliau dan beliau membenarkannya"

Nama sebenar Abu Dawud ialah Sulaiman bin Dawud bin al Jarud al Farisi. Telah meriwayatkan darinya Ahmad, Falas, Bandar, Ibn Farat, Abbasud Dauri dan Khalaiq, semua memuji kekuatan hafalan dan kejujurannya. Ia berkata, "Saya menulis dari seribu syaikh (guru). Meninggal pada tahun 204H berusia 80 tahun (Tadzkiratul Huffadh adz Dzahabi, jis 1, hal 320 cetakan ke dua)






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol