Hadis mengenai solat qasr

Dari Aisyah ra katanya, "Pada mulanya solat diwajibkan dua-dua rakaat bagi musafir dan bermuqim. Kemudian bilangan tersebut ditetapkan bagi musafir khusus, sedang bagi yang bermuqim ditambah" [Muslim]

Dari Ya'la b Umayyah bahawasanya dia pernah bertanya kepada Umar Ibn Khattab, katanya, "Bagaimana pandangan tuan mengenai ayat

4:101

Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa "mengqasarkan" (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu. (an nisa:101)

Bukankah sekarang telah aman?  Maka jawab Umar, "Aku pernah memikirkan apa yang ditanyakan itu lantas kutanyakan kepada Rasulullah SAW, lantas beliau menjawab, "Hal itu adalah suatu kelapangan dari Allah yang dikurniakan kepadamu ,maka terimalah kemurahanNya itu" [Muslim]

Hadis ini menyatakan kepada golongan mutakhir ini yang kelihatan kurang bersetuju dengan proses solat qasr dan jama tatkala bermusafir dengan alasan masjid dan surau telah banyak didirikan sepanjang jalan dan musafir kini berbeza dengan keadaan musafir di zaman Rasulullah SAW..

(a) Mengqasar dan Menjama’kan Selama 9 hari

Mengikut hadith di bawah ini pula, Jabir mengatakan bahawa Nabi (s.a.w) musafir dan menetap di Mekah untuk sesuatu tujuan pada 4 Zulhijjah, kemudian kembali ke Medinah selepas habis musim haji (yakni, 13 Zulhijjah). Sepanjang tempoh tersebut beliau menqasarkan solat fardunya – iaitu selama sembilan (9) hari.
1. Diriwayatkan hadith daripada Jabir bin Abdullah (r.a) di dalam sekumpulan manusia (yakni, orang-orang), berkata: ‘Telah datang Nabi (s.a.w) ke Mekah pada tanggal 4 telah lewat dari bulan Zulkhijjah.’ [Hadith Ibnu Majjah]
(b) Menjama’ dan Mengqasar Selama 10 Hari
Hadith berikut pula daripada Anas (r.a) yang menyatakan bahawa beliau bersama-sama dengan Rasulallah (s.a.w) bermusafir dari Madinah ke Mekah dan menetap di Mekah selama sepuluh (10) hari. Semasa menetap di Mekah mengqasarkan solat fardunya dua rakaat dua rakaat. Yakni, boleh diqasarkan solat kerana musafir itu selama 10 hari.
2. Diceritakan hadith daripada Yazib bin Zurai’in dan Abdul A’la, berkata kedua-duanya: ‘Menceritakan kepada mereka hadith itu daripada Abi Ishak, daripada Anas (r.a), berkata: ‘Keluar aku beserta Rasulallah (s.a.w) dari Madinah (pergi) ke Mekah. Maka bersolat kami (mengqasarkan solat) dua rakaat dua rakaat sehingga kembali kami (ke Madinah). Berkata Yahya: ‘Berapa lama dia menetap di Mekah?’ Berkata Anas (r.a): ‘Sepuluh (10) hari’. [Hadith Ibnu Majjah]
(c) Jama’ dan Qasar 13 hari

Sebagai permulaannya, mengikut hadith berikut dilapurkan bahawa Rasulallah (s.a.w) mengqasarkan solat fardunya selama tempoh tiga belas (13) hari, yakni, sepanjang bulan Zulhijjah sampai hari tasyrik, iaitu tiga belas (13) hari.
3. Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman bin Humaidin az-Zuhri berkata: ‘Bertanya aku kepada Saib bin Yazid: ‘Apakah mendengar engkau dalam diam (yakni, semasa menetap) di Mekah?’ Berkata Sabit: ‘Telah mendengar aku al-‘Ala bin Hadhrami berkata: ‘Bersabda Nabi (s.a.w): ‘Tiga hari kerana bertempat selepas selesai mengerjakan haji.’ [Hadith Ibnu Majah]Hadith ini menjelaskan bahawa ibadah haji itu bermula waktu Wukuf di Arafah, iaitu tanggal 10 Zulhijjah, kemudian disambung pula mengqasarkan solat tiga hari lagi, menjadikannya tiga belas (13) hari. Hadith di atas menjelaskan bahawa solat jama’ dan qasar itu dilakukan oleh Rasulallah (s.a.w) selama 10 hari pada musimhaji beliau.

(d) Menjama’ dan Mengqasarkan Solat 15 Hari
Di dalam hadith berikut kita diberitahu oleh Abdullah (a.w) bin Abbas (r.a) bahawa Rasulallah (s.a.w) mengqasarkan solat fardunya selama lima belas (15) hari:
4. Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Abbas (r.a) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) tinggal selama lima belas (15) hari di Mekah selepas peperangan dan dia mengqasarkan (yakni, memendekkan) solatnya (yakni, empat rakaat dijadikan dua rakaat).’ [Hadith Abu Daud]Di dalam hadith di bawah ini pula katanya dia dan Rasulallah (s.a.w) menetap kerana musafir di Mekah selepas menang satu peperangan selama lima belas (15) hari mengqasarkan solat fardu sepanjang tempoh mereka menetap di Mekah itu.
5. Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) bertempat di Mekah selepas menang perang (selama) lima belas (15) malam, mengqasar dia akan solatnya.’ [Hadith Ibnu Majjah]
(e) Qasar dan Jama’ Selama 17 Hari

Di dalam hadith di bawah ini pula, ibnu Abbas (r.a) memberitahu bahawa Rasulallah (s.a.w) mengqasar dan menjama’kan solat-solat fardunya selama tujuh belas (17) hari. Selian itu, ibnu Abbas (r.a) juga memberitahu satu prinsip yang lain, iaitu jika orang tempatan (yakni, qariah tersebut), tidak boleh mengqasarkan solatnya.
6. Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Abbas (r.a) berkata: ‘Bahawa Rasulallah (s.a.w) berhenti (yakni, bermukim sementara) di Mekah selama tujuh belas (17) hari dan dia mengqasarkan (yakni, memendekkan) solatnya (menjadi dua rakaat). Berkata Ibnu Abbas (r.a): ‘Sesiapa yang berhenti sementara hendaklah memendekkan solatnya, dan sesiapa yang tinggal melebihi jangka waktu itu hendaklah bersolat sempurna (yakni, dibuat empat rakaat).’ [Hadith Abu Daud]
Hadith di atas itu memberikan nas dan dalil syariat bahawa mereka yang didalam musafir boleh mengqasar dan menjama’kan solatnya selama tujuh belas (17) hari manakala orang yang bermukin di tempat tersebut tidak boleh menjama’ dan mengqasarkan solat mereka.

(f) Menjama’ dan Mengqasarkan 18 Hari

Di dalam hadith dibawah ini diceritakan oleh seorang sahabat, Imran, bahawa Rasulallah (s.a.w) pernah mengqasar dan menjama’kan solat-solat fardunya selama lapan belas (18) hari. Tetapi, orang qariah tersebut (yakni, tempat dia berhenti rehat sebentar itu) tidak boleh memendekkan solat-solat fardunya.
7. Diriwayatkan hadith daripada Imran bin Husain (r.a) berkata: ‘Aku di dalam musafir dengan Rasulallah (s.a.w) selepas satu penaklukan. Beliau tinggal di Mekah selama delapan belas (18) hari dan bersolat dia dua-dua rakaat setiap solat (yakni, mengqasarkan solat fardunya). Maka bersabda beliau (Yakni, Rasulallah (s.a.w)): ‘Kamu yang tinggal (yakni, bermestautin) di sini hendaklah bersolat empat rakaat, kami pengembara (yakni, dalam musafir).’ [Hadith Abu Daud]
Hadith di atas menyebutkan prinsip yang sama sebagaimana disebutkan di dalam hadith sebelumnya, yakni hadith riwayat ibnu Abbas (r.a) itu. Kemudahan hanya kepada mereka yang bermusafir.

(g) Menjama’ dan Mengqasar 19 Hari

Di dalam hadith Ibnu Abbas (r.a) di bawah ini, dia bersama-sama dengan Rasulallah (s.a.w) menetap selepas musafir di Mekah selama sembilan belas (19) hari. Sepanjang tempoh tersebut mereka bersolat fardu dengan mengqasarkannya dua rakaat dua rakaat.
8. Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Bermukim Rasulallah (s.a.w) sembilan belas (19) hari bersolat dia dua-dua rakaat. Adapun kami ketika bermukim (yakni, bertempat) sembilan belas (19) hari, bersolat kami dua-dua rakaat. Maka ketika bertempat (yakni, bermukim) kami melebihi dari demikian itu, bersolat kami empat rakaat (yakni, mengerjakan solat-solat fardu seperti biasa, tidak dijama’ atau diqasarkan).’ [Hadith Ibnu Majah]Di dalam hadith Ibnu Abas (r.a) di atas itu beliau dan Rasulallah (s.a.w) menjama’kan solat selama 19 hari. Selepas 19 hari mereka membuat solat fardu seperti biasa iaitu empat rakaat setiap solat yang empat rakaat.

(h) Menjama’ dan Mengqasarkan 20 Hari
Di dalam hadith di bawah ini pula diriwayatkan oleh seorang sahabat akrab Rasulallah (s.a.w), iaitu Jabir bin Abdullah (r.a), bahawa Rasulallah (s.a.w) mengqasarkan solat-solatnya selama dua puluh (20) hari.
9. Diriwayatkan hadith daripada Jabir bin Abdullah (s.a.w) berkata: ‘Rasulallah (s.a.w) tinggal selama dua puluh (20) hari di Tabuk dan beliau memendekkan solatnya (yakni, empat menjadi dua rakaat sahaja).’ [Hadith Abu Daud]
Hadith di atas menyebut bahawa Rasulallah (s.a.w) mengqasar dan tidak menjama’kan solat-solatnya selama 20 hari beliau bermusafir itu.



 Umar Al Khattab berkata : 
"Solat Jumaat dua rakaat dan solat musafir dua rakaat , sempurna bukan qasar . Demikian diperintah oleh Allah atas lidah Nabi-Mu" (Riwayat An-Nasaai) 

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad,Muslim,Abu Daud dan Al-Baihaqi dari Yahya bin Yazir , katanya : 
"Saya bertanya kepada Anas bin Malik tentang qasar solat , maka Anas menerangkan : "Adalah Nabi saw apabila pergi 3 batu atau satu farsakh nescaya baginda solat 2 rakaat (qasar solatnya) . 

Dalam riwayat lain yang disebut oleh Ibnu Umar : 
"Walaupun jika saya safar satu batu saya akan qasarkan solat" 

Bukhari dan Ahmad meriwayatkan dari Ibnu Abbas yang berkata : 
"Ketika Rasullulah saw menakluk kota Makkah , baginda tinggal di sana 19 hari , dan selama itu baginda solat 2 rakaat."

Daripada beberapa riwayat di atas orang ulama termasuk Ibnu Hazam berpendapat bahawa perjalanan yang paling dekat boleh dinamakan safar iaitu perjalanan sejauh 1 batu  (lebih kurang 1.8km) 

Namun para ulama lain menjelaskan bahawa untuk lebih selamat , perjalanan yang paling dekat dipanggil safar iaitu 3 farsakh atau kira-kira 3 batu (5.4km). 

Sebahagian ulama lain berkata perjalanan yang paling pendek boleh dipanggil safar iaitu sejauh 2 marhalah atau 3 marhalah atau jarak berjalan kaki sehari malam. 

Dari pendapat ulama yang terakhir ini, maka perjalanan yang boleh dipanggil safar ialah sejauh 80.6km yang menyamai kira-kira 50 batu walaupun jarak safar yang paling pendek menurut para sahabat hanya 3 batu atau 4.8km sahaja. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol