Kerinduan terhadap Madinah menjelma kembali...

Jumaat hening ini tatkala menziarahi laman sosial FB, terpampang satu entry dari sahabat satu sekolah dan satu organisasi bergambar di KLIA untuk sekali lagi berangkat ke Tanah suci. Setahun sebelum ini, beliau juga berangkat ke tanah suci beberapa hari selepas penulis dan isteri pulang ke tanah air juga dari tanah suci. Nampaknya beliau menang lagi untuk ke tanah suci..

Dikhabarkan jua bahawa beliau akan menunaikan haji juga dalam tahun ini...subhanallah....bagaimana beliau berjaya menjadi tetamu Allah hampir setiap tahun?

Penulis baru sahaja dua kali menghadiri dan menyahut panggilan kaabah. Kali pertama sekitar tahun 1991 dan yang terkini pada tahun lepas http://abuzair.blogspot.com/2012/07/kembara-suci.html

Semalam seusai solat zuhur di masjid, salah seorang jamaah bercerita mengenai anak lelaki beliau yang sudah menghafaz sebanyak 11 juzuk al quran di salah sebuah madrasah arabiah. Beliau juga bercadang untuk ke madinah sama ada cuti sabatikal ataupun cuti tanpa gaji...bagi menemani anaknya untuk bertalaqqi dengan ulama yang berada di sana..

Oh...cerita-cerita sebegini amat menarik dan membangkitkan perasaan rindu terhadap Rasul SAW ...

Ya Allah..Berilah hambaMu peluang sekali lagi untuk menziarahi Baitullah Mu dan juga menziarahi NabiMu SAW...



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol