Khutbah Jumaat

19 Syaaban - Jumaat yang gemilang. Buat julung kalinya penulis dapat mendengar khutbah dari awal hingga akhir. Sudah terlalu lama penulis hanya tertidur setiap minggu tatkala khutbah dibacakan .. Namun pada hari ini, alhamdulilla ..dapat mendengar teks bacaan khutbah yang dibacakan oleh sang imam. Ya..zaman ini adalah zaman mendengar bacaan teks khutbah. Bukan seperti zaman sebelumnya dimana imam benar-benar berkhutbah ..

Khutbah pada kali ini berkisar tentang kebanggan umat Musa as yang terlalu angkuh mendabik dada menyatakan bahawa mereka merupakan umat Musa as yang digelar ahlil kitab. Namun kebanggaaan itu hanya pada zahir sahaja. Bukan pada pengamalan dan pematuhan kepada syariat Musa itu sendiri. Bahkan pendeta atau Rabbi merekalah yang mempelopori pengubahsuaian terhadap isi kandungan Taurat dan juga Injil agar bersesuaian dengan nafsu serakah mereka. 


Mereka membaca kitab suci mereka hanya untuk mendapat keberkatan semata-mata. Bukan untuk diamalkan isi kandungannya. Hanya seqadar menjadi hiasan mulut dan telinga sahaja!!

Maka Allah tidak hairan dengan kebanggaan mereka terhadap nabi dan kitab yang diturunkan bahkan dijanjikan dengan azab yang kekal, meskipun mereka mendakwa bahawa mereka hanya masuk neraka beberapa hari sahaja dan kemudian akan masuk ke syurga...!!

Dan sebenarnya pengkisahan ini yang dirakamkan dalam al quran bukan ditujukan khusus untuk umat Musa as semata-mata. Lafal ayat-ayat ini sebenarnya perlu dijadikan iktibar dan petunjuk kepada umat Muhammad SAW. Itulah sebabnya ia dirakam dalam al quran. Jika tidak, masakan ianya banyak disebutkan dalam kitab suci terakhir ini. 

Dan sekarang, umat Islam juga kelihatan sudah semakin liar dengan petunjuk al quran. Mereka dilihat semakin jauh dari kehendak al quran, bahkan juga mempermainkan hukum dan ajarannya.



Maka apakah bezanya umat Musa dan Umat Muhammad kini? Apabila diadakan demonstrasi anti zionis..maka begitu ramai pemuda yang kehadapan menjerit dan memaki serta membakar panji-panji negara Israel .. namun yang hadir solat subuh di masjid hanya golongan pesara sahaja...anak-anak muda ini tersembunyi di balik gebar murahan di atas tilam enak menyabung mimpi mengumpul tenaga untuk demonstrasi esok hari lagi...


Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol