catatan sebelum iftaar

Ramadhan ke 18 penulis musafir ke ibu kota bersama orang sebelah yang setia, adik ipar dan juga puteri sulung. Sebelum terbit mentari pagi kami telah meninggalkan kediaman. Singgah di KKA untuk mengambil adik ipar. Kemudian singgah di shell sebelum tol untuk memberi 'minuman' kepada tunggangan dan juga mengisi angin ke dalam tayar berusia sebulan..

Sekitar jam 0730 kami bergerak masuk ke dalam lebuh raya dengan mengambil kad dari pintu tol. Sekarang kad berbentuk seperti kad bank tanpa cip itu telah digunakan bagi menggantikan tiket sebelum ini untuk menikmati perjalanan di lebuhraya .. 

Dengan kelajuan sekitar melebihi 110km dan kadang-kadang menjejak ke 160km, citra itam berhabuk meluncur gagah membelah laluan menuju ke destinasi impian. Di Nilai, berhenti seketika untuk menyelesaikan hajat dan seterusnya perjalanan keluar di tol UPM dengan bayaran RM30.90...


Dengan berpandukan GPS dari telefon pintar, terus menuju ke destinasi, kompleks SOGO di tengah-tengah ibukota. Kesesakan mula menghalang pergerakan kereta citra hitam ini. Dalam memacu pusingan ke dua, penumpang diturunkan segera di hadapan kompleks. Terpaksa membuat pusingan di hadapan bank CIMB yang menjulang tinggi. Tetap tidak menemui lokasi parkir kereta. Pada pusingan ke ketiga, memberanikan diri masuk ke lorong sempit menuju ke masjid india. Wah..manusia di kiri-kanan jalan cukup menyempitkan lagi keadaan. Akhirnya, sekitar jam 12.00 kereta berjaya menemui lokasi parkir, dihadapan deretan kedai bersebelahan masjid india. Syukur padaMu ya Rabb..

Penulis berjalan menelusuri kedai yang disediakan. Terfikir untuk membeli sesuatu buat sambutan eid yang bakal menjelma. Oh ya...tarbus sudah memadai..

"Berapa harganya..?"

"RM85.00 bang.."

"Uihh...tak leh kurang ke?"

"RM80.00 bang..."



Mmmm....jalan dulu cari lain, getus hati penulis. Sebelum ini memang penulis ada sebuah tarbus tetapi telah rosak dan kualiti juga bukan sebaik tarbus yang ditemui hari ini. Meskipun tidak sehebat buatan mesir, namun tarbus buatan melayu ini kelihatan amat menarik.

Berjalan ke kedai kedua, bertemu tarbus lagi, tetapi saling tak tumpah seperti tarbus milik penulis sebelum ini..kualiti agak kurang..

"Berapa harga..?"

"RM80.00 bos...boleh kurang hingga RM60.00"

Mmm menarik harganya tetapi kurang menarik barangnya ..

Menjelang waktu zawaal, barulah masjid dibuka. Berehat sebentar di ruang sebelah kanan masjid sambil melihat al quran di telefon pintar. Kemudian tertidur pula ..dengan niat qailullah...

Menjelang azan segera turun ke kawasan wudhuk. Manusia mula memenuhi ruang. Di ruang solat tingkat satu juga ramai. Penulis tercari-cari kawasan yang mempunyai sumber tenaga (plug) bertujuan untuk cas bateri HP yang semakin lemah. 

Sebaik iqamah, solat didirikan. Jamaah amat ramai dan membanggakan. Seusai solat, iktikaf sebenar sementara menantikan ruang kemudahan caj HP agak lengang. Setelah ditemui, dipasang dan oh...tak hidup? Charger yang salah atau punca elektrik yang rosak? Pergi ke punca kedua juga berkeadaan yang sama. Oh gawat nih...kalau kong bagaimana mahu menghubungi para penumpang??

Tanpa banyak berfikir (dek kerana malas agaknya) penulis melangkah ke bangunan sogo yang terletak agak jauh juga. Merentasi deretan kedai-kedai yang dipenuhi umat manusia yang semakin tergila-gilakan barang baru buat menyambut eid..(pelik eh...sambutan ramadhan dibuat begitu hambar dengan wajah murung dan pucat). 

Setibanya di SOGO, umat manusia begitu ramai. Ada yang duduk sahaja di hadapan bangunan bahkan di dalam kedai. Perkara pertama yang difikirkan ialah surau. Bukan untuk solat kerana dah selesai, tetapi untuk mendapatkan sumber elektrik. Setelah bertanya di kedai menjual minyak wangi, didapati lif dipenuhi umat yang menunggu untuk naik atau turun. Surau terletak di tingkat kedua bawah. Memandangkan kegawatan masa dan kecelaruan berfikir, ambil keputusan menuruni anak-anak tangga secara manual. Setelah bertemu papan tanda surau berwarna hijau, wah ramai sekali umat di situ. Masuk dengan selamba badak (kerana menahan malu dek kerana masuk bukan berniat solat), tiada harapan yang timbul kerana keramaian manusia di situ.



Segera naik semula secara manual ke tingkat atas, dan kemudian menuju ke kawasan mesin ATM untuk mencari punca elektrik. Jawapan tentu sahaja menghampakan ..

Dari mesin ATM kepala harimau membawa penulis turun ke bawah...terus berjalan melewati kawasan jualan makanan beraneka..akhirnya terjumpa punca di kawasan awam berhadapan tandas...ah mana mungkin mahu berdiri di kotak merah bomba itu selama beberapa jam?

Berjalan lagi dan akhirnya bertemu di kawasan McD. Namun meja yang disediakan telah dipenuhi pelanggan melayu-Islam yang melayan anak-anak kecil menikmati aiskrim...

Setelah mundar-mandir dan berulangan berjalan bak siti hajar mencari punca air, akhirnya mengambil keputusan nekad untuk cas bateri di kotak merah bomba. Pabila dipasang, nah masih tidak mahu hidup..

"Mungkin baterinya sudah terlalu kong.." sapa seorang cleaner berbangsa Indonesia.

"Disini ada tempat yang lebih sesuai.." katanya sambil menunjukkan satu lokasi yang mempunyai tempat duduk dan meja. Alhamdulillah..

Dan penantian untuk penuh cas bateri agak membosankan. Duduk di bangku paling hujung bersebelahan pagar besi yang memisahkan tangga ke tingkat bawah. Kita akan bisa melihat pelbagai pemandangan indah di sudut tersebut. Namun, kekuatan Ramadhan dengan keimanan sahaja yang mampu 'menahan' panahan mata beracun ..

Sekitar jam 6.00 petang, orang sebelah membuat panggilan dalam keadaan bateri masih belum penuh. Mereka telah siap. Segera naik semula ke atas dan mendapati mereka termasuk dalam golongan yang melepak di luar bangunan.



Kemudian, penulis membawa barang yang dibeli, empat plastik beg besar menuju ke parkir kereta manakala mereka meneruskan agenda pemburuan barangan. 


Laluan ke parkir semakin berliku dek kerana beratnya plastik bag dan juga sukarnya melalui lorong sempit yang dipenuhi manusia banyak. Menjelang jam 6.30, iktikaf di masjid sambil membelek al quran digital. Menjelang iftaar, maka kami disajikan dengan hidangan bubur labuk, kuih dan juga kurma serta air bandung...

Seusai iftaar, solat maghrib berjamaah diikuti jama qasr Isya (penulis seorang). Bacaan mereka adalah tanpa basmalah. Ini disebabkan mereka memakai mazhab hanafi ..


Seusai solat iktikaf sebentar sementara menantikan mereka pulang ke pengkalan untuk makan malam. Kemudian keluar sebentar dan sebelum azan isya', iktikaf lagi. Seusai solat fardhu, mengikuti jamaah tarawih. Imam mungkin al hafiz dengan bacaan ayat panjang tetapi sangat laju..

Sekitar jam 10.00 mencari sesuatu untuk dimakan. Barisan kedai makan berhampiran menjadi lokasi pilihan. Lauk ok tapi nasi goreng agak jelantah. Kemudian, mereka meneruskan misi terkini sementara penulis berehat di dalam kenderaan. Sekitar jam 11.30 baru bergerak namun kesesakan luar biasa berlaku menyebabkan kami hanya mampu bergerak sekitar jam 12.00 tengah malam. Kami bergerak menuju ke rumah makcik untuk menyelesaikan misi bonda. Tiba diperkarangan rumah beliau sekitar jam 1.00 pagi!!

Kemudian terus pulang dengan singgah di setiap perhentian, iaitu Seremban, kerana urusan solat kononnya tetapi ditawaqufkan dahulu dek kerana mengantuk .. kemudian di Ayer Keroh Melaka dek kerana penulis yang mengantuk. Sempat tidur sebentar. Jam pukul 2.00 pagi. Kemudian singgah di Pagoh untuk mengambil petrol. Dan akhirnya di Tol Ayer Hitam untuk solat sekitar jam 4.00 pagi!!

Kami tiba di rumah sekitar jam 4.45 pagi. Kalau tidur ada kemungkinan kehilangan solat subuh berjamaah...







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol