Citra itu meminta lagi...

Hari gaji tiba lagi. Kali ini lebih meriah. Meriah dek kerana kenaikan gaji 2KGT. Meriah kerana ada bayaran OT hingga 3 bulan yang tertunggak. Meriah kerana bermacam lagi kurniaan Ilahi..

Walau bagaimanapun, sang Citra hitam meminta lagi. Kali ini permintaan agak besar jua. Hari pertama gaji diserikan dengan penukaran minyak gear. Harganya mungkin hanya ratusan ringgit sahaja. Tetapi malang sekali ada tambahan pula. Hos air telah kelihatan membengkak dan membahayakan kesihatan Citra... maka mahu tidak mahu terpaksa ditambah ongkosnya ...


Dalam perjalanan pulang baru terperasan pada speedometer bahawa haul untuk servis minyak hitam telah hampir..Ya Allah ..cepatnya. Tercatat di stiker cermin kereta bahawa tarikh akhir penukaran adalah pada Mei...mengapa begitu cepat ianya berlaku. Sebelum ini akan memakan masa 3 hingga 4 bulan...Oh ya...dalam jangkamasa itu, kerap ke KL ulang alik dan ke JB dan kemana sahaja ...

Maka keesokan harinya, citra itu terima lagi habuannya. Servis bernilai RM199.00 selepas tawaran hebat hari raya. Penyakit barunya ialah bateri telah mula melemah dan hampir kong...Oh..tatkala dirujuk dalam buku daftar di klinik citra, baru sahaja melepasi tahun waranti sebulan...oh..kalaulah lebih awal pasti dapat percuma...

Maka terbanglah sedikit wang sekitar RM400.00 .... 

Citra oh Citra ...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol