Tarawih yang gerhana

Malam ke 17 Ramadhan...sepatutnya umat islam semakin memenuhi ruang masjid dan surau. Sepatutnya sudut-sudut dan setiap inci rumah Allah akan sendat dengan susuk tubuh mukmin yang dahagakan belaian dan gelaran taqwa dari Yang Maha Pemberi. Ini kerana malam-malam ini sudah semakin menghampiri ke kemuncaknya. Malam-malam ini sudah semakin hampir ke penghujungnya. Dan di malam-malam inilah janji amalan 1000 bulan sedang dintai-intai oleh jiwa-jiwa yang amat tamakkan anugerah dari tuhannya..

Sayangnya, umat di dunia belahan selatan tengah ini kelihatan semakin liar dengan rumah-ruamh Allah. Jika hendak dibandingkan dengan minggu pertama kehadiran Ramadhan, jumlah yang hadir lebih ramai dan memenuhi setiap ruang masjid dan juga surau. Menjelang minggu kedua manusia semakin jauh...mereka lebih bersegera untuk taqarrub kepada bazaar ramadhan yang cuba memberikan udara kosmetik menarik hati sang pengunjung agar berkunjung lagi dan lagi...terus-terusan setiap malam ramadhan, sambil didendangkan dengan lagu-lagu palsu hari raya, agar jiwa mukmin terkesan untuk memakmurkan bazaar-bazaar ramadan melebihi rumah-rumah Allah itu sendiri.


Berbeza dengan jamaah di timur tengah yang semakin ramai dan bersemangat untuk meneruskan ibadah menuju puncak, namun bangsa jawi ini lebih enak menonton peti televisyen, daripada mendirikan solat tarawih dan isyak secara berjamaah. Mereka lebih enak dan seronok bermain bunga api di laman sambil memasang pelita punjut daripada memburu malam al qadar.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol