Pelaksanaan Islam secara syumul di institusi pengajian tinggi
Dalam siri ziarah hari raya ada cerita menarik yang ingin dikongsi bersama. Ada kedapatan sebuah institusi pengajian tinggi swasta milik sebuah kerajaan negeri yang berlainan daripada kerajaan persekutuan yang amat menitik beratkan soal penguatkuasaan syariah di kalangan pelajar mereka. Warden asrama sanggup membuat sport check di asrama bagi mengelakkan berlakunya kejadian sumbang..pergaulan lelaki dan wanita sudah pastinya dilarang keras.
Di dalah sebuah institusi pengajian tinggi awam beberapa puluh tahun dahulu kawasan pelajar perempuan diletakkan dalam pagar. Selepas jam 10.00 malam tiada lagi aktiviti di luar. Couple dilarang sama sekali. Makanya MPP yang terlantik tidak perlu menjadi musuh utama kepada pelajar bahkan kadang-kadang dengan pihak HEP apabila mereka kelihatan mesra syariah dan anti sosial..
Salah seorang VC di salam sebuah IPTA beberapa tahun dahulu juga begitu ketat mengawal pergerakan pelajar wanita mereka hingga dilarang pelajar daripada naik ke pentas. Tetapi tidak diketahui ini mitos ataupun fakta..
Makanya bukanlah sesuatu yang aneh jika pentadbiran institusi menara gading memperkemaskan peraturan dan pelaksanaan mesra syariah di dalam kampus agar pelajar dapat ditarbiah dan mencanai mahasiswa yang bertaqwa, bukan seqadar bijak dan cemerlang dalam aspek akademik dan kokurikulum sahaja bahkan juga dari aspek sahsiah islami.
Mungkin cadangan ini akan dipandang sepi dan ganjil oleh pihak pentadbir menara gading. Lebih-lebih lagi jika pentadbir sendiri jauh dan kurang mesra syariah.
Tatkala penulis terlibat dengan MPP di kampus, kami pernah mencadangkan agar diadakan cafe yang berasingan di antara mahasiswa dan mahasiswi untuk mengelakkan gejala coupling yang menjadi budaya di kampus. Tentangan amat kuat dari kalangan pelajar sendiri yang mungkin tidak faham akan kebaikan pengasingan cafe tersebut, dan juga tentanganndan kekangan dari pihak pentadbiran sendiri dengan alasan kewangan yang tidak ekonomik. Pihak pentadbiran akhirnya bersetuju untuk membuat dinding pemisah tetapi sehingga kini dinding tersebut hanya tinggal cadangan!!
Masalah sosial yang semakin rancak dan menjadi-jadi di kampus perlu dikekang dengan seberapa segera. Pihak pentadbir dan ulama kampus sepatutnya bersatu dalam menjuarai isu ini. Sesuatu perlu dilaksanakan sebelum ada couple yang tertangkap. Kelab pelajar yang agak Islami perlu juga merancang satu bentuk tindakan bersama dengan menggabungkan kelab-kelab ini dan MPP untuk menjelmakan resolusi pencegahan. Mungkin apa yang diamalkan kini ialah penangkapan bukan pencegahan. Apakah sesuatu yang menjengkelkan kiranya kesatuan dan persatuan pelajar Islami bersatu dengan pentadbiran masjid kampus bagi membincangkan masalah ini, daripada hanya sibuk menyusun strategi untuk menawan kampus melalui politik murahan kampus yang tidak menjanjikan sebarang keputusan yang menguntungkan Islam...
Masjid di kampus sendiri kini sebenarnya semakin sepi dan kekurangan jamaah. Azan yang dilaungkan setiap waktu untuk menyeru warga kampus selalunya hanya dipandang sepi.... Pelbagai alasan dikemukakan pabila dipertanyakan...pelajar yang bernaung di bawah kelab yang hampir dengan masjid juga hanya sibuk dengan aktiviti2 yang kadang-kadang maaf untuk ditulis, hanya untuk mencari dan menyatukan pasangan buat kegunaan di luar kampus kelak untuk membina keluarga bahagia tanpa sebarang resolusi bagaimana hendak menarik warga kampus ke rumah Allah. Mungkin mereka ini melihat bahawa tugas mengajak manusia ke rumah Allah adalah tanggungjawab pegawai masjid sahaja, ataupun tanggungjawab jamaah tertentu sahaja yang kerap mengadakan aktiviti di masjid. Maka akibatnya, warga masjid menjadi semakin mengecil atau statik...maka bagaimana rahmat Allah akan melimpah ke bilik kuliah, atau ke bilik penguasa kampus sekiranya punca turunnya rahmat amat jarang dikunjungi berbanding kunjungan ke perpustakaan atau ke kelab rekreasi?
Setakat ini masih belum terjumpa wujud di kalangan warga kampus yang cintakan Islam menjalankan kempen anti coupe dengan edaran poster, atau mengajak rakan ke masjid dengan edaran poster, atau menghalang sebarang kegiatan kurang berakhlak dengan edaran risalah. Yang wujud adalah demonstrasi aman sambil munjunjung poster serta bertakbir dan ada kalanya terlebih emosi. Kadang-kadang pejuang kampus lebih terbawa-bawa emosi politik murahan diluar dari keikhlasan dakwah yang dipandang semakin sepi dek kerana pautan nafsu dan duniawi.
Tokoh-tokoh pelajar di kampus harus sedar bahawa pergolakan di merata dunia Islam yang sebenarnya ditaja secara langsung oleh gerakan freemason dan tentera dajjal adalah penting untuk dianalisis secara ilmiah akan sebab dan akibatnya. Perjuangan Islam bukan seqadar bersandarkan emosi semata-mata. Hanya bertakbir mengangkat sepanduk dan kemudian lemas di dalam rangkulan selimut kusam sehingga naik mentari dek kerana keletihan berdemo, bukan ciri pejuang hebat. Pejuang dan pendakwah perlu menghidupkan malam dan berjiwa bak singa tatkala berada di medan juang..
Apabila kita hanya sibuk mempolitikkan kesemua isu yang berlaku, hanya tahu menyalahkan pihak pentadbiran kampus, tapi dalam masa yang sama hanya berpeluk tubuh dan dilalaikan oleh pencarian muslimah atau muslim sejati buat dijadikan pasangan hidup bagi membina keluarga bahagia semata-mata, maka usahlah kita cuba bercakap tentang perjuangan kerana ianya hanya gimik murahan semata-mata. Jadilah seorang pendakwah hebat di dalam kampus. Satukan hati dan minda semua pimpinan gerakan yang cinta kepada Islam. Maka barulah gerak kerja dakwah dapat diatur dengan sebaiknya bersama kepimpinan ulama yang wujud di dalam kampus. Maka tidak hairanlah nanti daripada sebuah masyarakat kampus yang menyanjung tinggi nilai tauhid akan menebarkan benih tauhid ini ke serata bumi bertuah ini bersendikan sunnah rasul SAW yang menawarkan jalan dakwah berdasarkan kepada akhlak yang sangat mulia. Bukan dengan bentuk kekerasan. Bukan dengan jalan bermusuhan. Bukan dengan jalan paksaan.
Wallahu a'lam
Ulasan