Solat di belakang Kawasaki

Isya malam ke 23 Ramadhan menyapa bumi daerah tengah semenanjung selatan. Penulis agak lewat menghadiri solat pada malam ini. Tetapi tidak selewat malam semalam hingga terpaksa menyertai solat tarawih dengan niat solat Isya...                                  

Apa yang menarik ialah jamaah tarawih sememangnya agak 'liat' untuk didirikan. Kebanyakan jamaah seperti malu-malu alah untuk memasuki saf. Hinggakan tatkala imam memulakan bacaan surah selepas ummul kitab barulah saf jamaah dapat dipenuhi.

Penulis berdiri di belakang lelaki berbaju bertulisan kawasaki dan berseluar jean dengan kopiah keras  yang kelihatan agak lusuh. Meskipun berpakaian ringkas dan simple namun kelihatan dari belakang susuk tubuh lelaki ini kelihatan begitu khusyu menghadap sang pencipta berbanding diri penulis yang  berdiri lesu dan berfikiran liar...

Benarlah kadang-kadang pakaian bukanlah boleh mengukur tahap keikhlasan seseorang serta kedudukannya di sisi Allah..hanya pakaian taqwa sahaja yang menjadi ukuran disisi Nya

Ya Allah....kalaulah malam ini malam al qadr sebagaimana pandangan sebahagian saudara kami dari kalangan syiah....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol