Kita semakin tidak keruan...



Masalah ini mungkin dipandang kecil bagi sebahagian insan. Mungkin ada yang menganggap ianya adalah kes terpencil. Tetapi bagi yang melihat dengan mata hati, sudah barangpasti akan terdetik di hati, apa sebenarnya yang sedang berlaku?

Kitaran keganasan seksual (mungkin istilah ini terlalu melampau) kelihatan semakin parah dalam masayarakat muslim dewasa ini. Selari dengan perkembangan Islam yang kununnya sedang berlari untuk mencapai puncak pusingannya, khususnya di negara Islam yang dikatakan paling tersohor di kalangan dunia Islam moden, ianya perlu dianggap sesuatu yang maha serius..

Kita tertanya-tanya bagaimana dalam masayarakat Melayu yang kununnya amat menitik beratkan soal adat dan budaya, kalaupun agak janggal untuk memakai istilah akhlak Islami yang sering dicemburui dan dituduh agak terkebelakang dan menjumudkan pemikiran masyarakat yang dianggap moden, boleh berlaku perkara buruk dan cemar sedemikian rupanya?

Adakah ini hanya satu-satunya kes yang berlaku, atau hanya satu-satunya kes yang berjaya dikesan dan dilaporkan? Bagaimana seorang pelajar tahun enam yang masih belum khatam dalam peperiksaan UPSR boleh berfikir mengenai seks ?

Adakah kesilapan ini berlaku dari rumah? Ataukah institusi pendidikan kita menjadi semakin terkebelakang?  Ataukah institusi keagamaan kita sebenarnya yang hanya sibuk mengharamkan serta menghukum bughah terhadap pendemostrasi menyebabkan ulama-ulama berbayar ini terlupa kepada jalan tarbiyyah terhadap generasi akan datang yang bakal menyambut kedatangan al masih ad dajjal dan al mahdi al muntazar?

Apa pula peranan para pendidik? Adakah perlu lagi menyalahkan sistem yang sememangnya sudah jauh dari falsafah pendidikan rabbani atau perlu menyalahkan diri sendiri yang kurang berminat untuk menjadi murabbi? Hanya asyik memikirkan peluang kenaikan pangkat, faedah dalam perkhidmatan dan bagaimana mencari pelanggan dalam menambah kekayaan di instrumen seperti forex, MLM dan sebagainya menyebabkan sang guru ini kerap terlali dari tugas mendidik. Mereka tidak pernah lupa untuk mengajar tetapi acapkali tergelincir dari landasan pendidikan...

Semua pihak perlu bertanggungjawab. Sebagaimana kata Amirul Mu'minin Umar Al Khattab, "Andaikata ada seekor kambing yang mati di Iraq, maka aku khuatir akan disoal di akhirat kelak.." 

Kalaulah Umar masih ada pada hari ini......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol