Pendidikan kita : Hanya menjayakan cinta?



Tatkala menemani menemani isteri yang ada urusan di salah sebuah kedai terkemuka di salah sebuah kompleks membeli belah yang agak tersohor namanya, di belahan pantai barat hujung semenanjung emas, terpaksa melayan karenah putera kecil yang sibuk berlari dan membuat kecoh, meskipun di dalam kawasan menunggu itu perlu kepada sedikit ketenangan...

Maka terpandanglah akan penulis beberapa pasang kekasih yang berjalan melalui lorong di sebalik pintu kaca kedai. Tertarik melihat pasangan yang pada pandangan fizikal penulis masih berada di sekolah rendah atau paling teruk pun di awal persekolahan peringkat menengah berjalan seiring sambil berpegangan tangan. Si gadis memakai tudung dan baju t shirt berlengan panjang beserta berseluar agak longgar dengan lelaki yang kelihatan berimej kemas..

Kemudian lalu lagi pasangan yang kelihatan sama, dengan lelaki yang kelihatan agak kurang matang...berpegang tangan dan merangkul erat pinggang sang gadis...

Dalam hati terdetik, apakah ibu atau bapa si gadis tidak pernah merasa cemburu akan kemana anak gadisnya menghilang pada hujung jumaat ini?

Adakah dengan lahirnya pelajar-pelajar yang gila couple ini merupakan buah hasil kejayaan indah sistem pendidikan negara yang bertekad untuk melahirkan pelajar yang holistik?

Pernahkah pihak sekolah menekankan soal couple ini dan berusaha sedaya upaya untuk membentrasnya? Ataukah sekolah sebenarnya berusaha pula sedaya-upaya untuk menyuburkannya?

Sekolah mungkin lebih terarah untuk memantau perokok atau memotong rambut murid atau pelajar lelaki yang panjang, namun memandang ringan masalah couple..

Budaya jahat ini semakin merasuk minda anak muda kita. Seawal usia 12 tahun mereka telah berani keluar ke pekan berdua, meskipun berada di sekolah pendalaman..

Mereka seolah tidak pernah tahu bahawa Allah itu sifatnya Maha Melihat...kemana penyerapan dan pembudayaan tauhid dalam jiwa mereka yang kununnya di tanam di sekolah-sekolah agama?

Adakah sistem kita sebenarnya gagal? Adakah kemaruknya kita untuk memperbaiki sistem pendidikan hanya terarah kepada perkara yang mampu memujuk guru agar tidak beralih arah sahaja? Adakah kita hanya sibuk melihat aspek teknikal sahaja yang dikatakan mampu melahirkan pelajar cemerlang akademik, tetapi dalam masa yang sama meninggalkan kecemerlangan sahsiah dan juga akhlak?

Wallahu a'lam


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol