PC Fair Oh PC Fair



PC fair muncul lagi di daerah ini. Kali ini penulis menjadi pengunjung utama. Amat jarang sebenarnya penulis berkunjung secara serius ke PC fair di mana-mana. Kalau kata hendak menjejak kaki pun sebenarnya amat sukar. Inikan pula untuk serius mencari sesuatu. Namun kali ini ada misi yang perlu diselesaikan. Mencari note book untuk isteri..

Setelah jenama yang diperlukan berjaya di kesan, maka penulis segera memaklumkan kepada isteri. Sekitar jam 6 petang mereka telah muncul di tempat meletak kereta. Setelah persetujuan dicapai, bayaran cuba dibuat melalui debit kad. Sayangnya debit kad kepunyaan salah sebuah bank yang amat terhad mesin ATM ini buat hal. Tak boleh nak detect. Ini bukan pertama kali berlaku. Sudah banyak kali berlaku. Kalau nak disalahkan kad, macam tidak berapa logik pula. Akhirnya barang yang telah dibungkus bersama beberapa hadiah terpaksa dibiarkan dahulu. Terpaksa melangkah pulang untuk mencari mesin ATM. Memandangkan jam telah menunjukkan ke angka 6.45 petang, kami mula bergerak menuju ke sebuah kedai makan. 

Pabila air telah selamat dijamah sementara menantikan kehadiran pesanan makanan, azan maghrib telah berkumandang. Teringatkan akan surau yang paling hampir, penulis bergegas ke sana. Surau terletak dalam kawasan perumahan pangsa yang semakin kurang penghuninya. Tatkala tiba di hadapan surau, jamaah yang ada di dalam perut surau hanya sekitar empat orang sahaja.


Seusai solat, bergerak semula ke kedai makan. Pesanan telah selamat tiba. Kemudian bergegas ke rumah mertua. Kami kemudiannya menuju ke mesin ATM paling hampir. Mujurlah kad itu boleh diterima di mesin maps.

Kami kemudian segera bergerak menuju ke tapak pameran semula. Setelah bayaran dilunaskan, barang yang dibeli dibawa ke dalam kedalam kenderaan.

Setibanya dirumah, dengan penuh berhati-hati dan teruja, note book baru dibuka. Tatkala start button ditekan, paparan pada skrin kelihatan agak kelam. Pada mulanya penulis menyangka ianya berkeadaan begitu kerana belum setting. Tetapi selepas proses setting berakhir dan keadaan skrin masih kabur, dan setelah cuba dibuat sedikit pengubahsuaian pada setting di paparan skrin keadaan masih tidak berubah, penulis nekad untuk menghubungi pembekal. Namun, panggilan tidak berjawab kerana jam telah menunjukkan ke angka 10 malam...

Keesokan harinya, penulis berpagi-pagi menuju semula ke tapak pameran. Setelah menemui pembekal, dengan mudah sahaja note tadi ditukarganti dengan yang baru. Semasa proses setting dibuat di booth, penulis bergerak menuju ke booth lain dan tertarik dengan tawaran cabutan bertuah. Oh, rupanya disana ada peluang. Semalam memang penulis tidak perasan akan wujudnya booth tersebut dek kerana terkejar-kejar akan masa. Rupanya ini adalah hikmah mengapa Allah memilih penulis mendapat barang yang tidak sempurna . Dia hendak memberikan peluang penulis untuk explore lebih banyak ruang dalam tapak pameran. Jika tidak kerana masalah note book baru itu, ada kemungkinan penulis tidak akan menjejak kaki ke pameran itu lagi. 


Begitu banyak kupon yang diterima beserta voucer bernilai RM25.00. Penulis juga berpeluang membeli tumb drive sebera 8 GB dengan harga RM9.90!!

Ini memang benar-benar jelas akan hikmah dan tarbiyyah dari Allah. Kadang-kadang kita rasa kita kerap bernasib malang dan kerap ditimpa musibah...adakah kerana Allah sudah melupakan kita? Rupanya Allah hendak memberikan kita sesuatu peluang yang lebih besar dengan menyorokkan sedikit atau sebahagian kecil sahaja....




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol