Surau taman nan indah...kosong dari hidayah?
Menjelang waktu Asr akhir Rabiul Akhir, penulis agak tergesa-gesa untuk memulakan perjalanan ke bandar Penggaram atas beberapa urusan penting. Singgah di salah sebuah surau di taman perumahan. Surau yang agak biasa disinggahi. Tetapi selalunya pada waktu Maghrib dan Isya. Jarang sekali penulis singgah di surau tersebut untuk solat sir. Tatkala tiba, pada fikiran penulis, jamaah mungkin telah bersama imam di rakaat kedua. Itupun paling cepat bagi penulis dapat mengejar jamaah mereka. Dalam tergopoh-gapah memanjat tangga surau yang agak tinggi, terpandang seorang tua duduk di hadapan pintu kaca yang dipagari jerjak besi..
"Kunci ke pakcik?"
Tegur penulis sambil memegang paip untuk berwudhuk...
"begitulah..."
Dan solat Asr pada petang itu di surau taman yang indah, terdapat penghawa dingin dengan pintu pagar utama yang tidak pernah dibuka sejak penulis singgah untuk solat di situ sejak beberapa tahun lepas, hanya dengan seorang imam dan juga seorang jamaah ditambah seorang adik ipar perempuan..
Surau indah yang mungkin dibina atas permintaan penduduk muslim di situ pastinya diasaskan oleh beberapa penduduk yang cintakan solat jamaah. Rumah-rumah berhampiran surau tersebut kelihatan dan dikenalpasti adalah kepunyaan Muslim. Namun, mungkin kerana mereka tiada memegang kunci surau, maka tiada sesiapa yang mampu datang untuk mengalunkan azan untuk memanggil penduduk setempat. Pakcik yang mengimami solat penulis mungkin bukan salah seorang imam yang mempunyai autoriti atau tauliah ataupun kebenaran sebagai imam dari penduduk tempatan, tetapi dek kerana semangat cintanya kepada solat berjamaah menyebabkan beliau setia untuk menghadiri rumah Allah, walaupun beliau mungkin tahu kehadirannya berisiko disebabkan ketiadaan kunci untuk membuka pintu jeriji ruang solat utama dimana di situ terdapat segala kelengkapan untuk mengalunkan solat.
Pakcik itu perlu dipuji kerana dia bertanggungjawab menyelamatkan seluruh karyah di situ daripada ditimpa dosa kerana gagal mendidirkan jamaah. Bukankah solat berjamaah di sesuatu qaryah itu merupakan fardhu kifayah mengikut pandangan As Shafie? Jika dia hidup sezaman dengan pemerintahan Umar Al Khattab, nescaya pakcik tersebut telah diangkat sebagai salah seorang gabenor dalam wilayah kekuasaan Islam...
Berbalik kepada AJK surau, penulis percaya jika bangunan surau masih gagal didirikan dan diluluskan, mereka pasti akan mengamuk sakan. Walaupun mungkin akan ada surau sementara, mereka akan memberikan jutaan alasan mengenai ketidak selesaan bangunan surau sementara. Namun apabila ianya berjaya dibangunkan, mereka sebenarnya masih gagal. Gagal untuk membangunkan ROH di rumah Allah. Gagal untuk menjayakan misi Rasulullah SAW.
Kemana perginya semangat untuk menghidupkan jamaah? Kenapa keadaan tersebut berlaku? Apa akan terjadi jika pakcik setia tadi meninggal secara tiba-tiba? Ada kemungkinan seluruh ahli karyah akan ditimpa dosa pada dua waktu utama, iaitu zuhur dan Asr kerana ketiadaan manusia yang mahu menghidupkan jamaah solat di situ...
Gempita kiamat semakin hampir, Al Masih Ad Dajjal semakin dekat untuk muncul dalam dimensi masa manusia biasa...
Ulasan