Daif atau palsu: kita sering keliru

Pertemuan tanpa disenghajakan di anjung cafe sewaktu sarapan pagi adalah sesuatu yang menarik untuk diperkongsikan. Pada mulanya penulis bercadang untuk minum pagi bersama sahabat lama yang juga merupakan mentor dan juga mahaguru kepada penulis. Seusai menikmati semangkuk bebola daging sup, muncul kelibat seorang ulama hadis di organisasi penulis.

"Khamis hadapan insya Allah akan dianjurkan majlis ratib hadad dan asma al husna sekali lagi di masjid"

"Apa kaifiat bacaannya?"

"Lebih kurang macam bacaan al ma'thurat...ltapi ditambah dengan bacaan asma ul husna..."

Topik menarik yang cuba diketengahkan sebaik ahli hadis ini duduk,

" Sekarang ni kecoh isu Ibnul Qayyim AlJauzi dikecam oleh ulama ASWAJA...siapa kita nak mempertikai beliau dan juga gurunya, ibn taimiyyah..."

"IbnnTaimiyyah memakai gelaran sheikhul islam....bukan senang nak mendapat gelaran seumpama itu"

"Menurut tuan guru sheikh nuruddin marbu almakki al banjari, jangan kita cepat menyalahkan pandangan dan peribadi orang lain.."

"Lagi satu...apa pandangan tuan mengenai hadis yang bermaksud, rejab itu bulan Allah,syaaban itu bulanku, ramadhan bulan umatku"

Penulis hanya membatukan diri...

"Menurut kefahaman ana selepas merujuk kitab indeks hadis yang ada pada ana sebanyak 2 jilid,ianya dihukumkan daif bukan palsu sebagaimana yang tersebar secara meluas di media maya...."

"Apa beza daif dengan maudu' ?"

"Hadis daif boleh beramal dengannya tetapi tidak boleh dijadikan hujjah. Hadis maudu terus ditinggalkan..."

Itulah akibatnya jika melakukan sesuatu tanpa ilmu...siapa hendak menanggung dosa penyebaran hukum maudu hadis tersebut yang sebenarnya bertaraf daif?

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol