Masjid sudah tiada roh?

Selepas zuhur yang panas 27 syaaban, seorang sahabat lama yang kini bergelar Dr, tiba-tiba menyapa dan mengajak makan tengahari di cafe berhampiran...

Nasi diambil bersama sedikit sayur bender yang kelihatan keras...tapi hati berdoa agar ianya lembut kerana sebenarnya penulis gagal untuk memberikan tafsiran yang paling tepat mengenainya. Awal pagi tadi, ketika makan di cafe yang lain, juga mengambil sayur bender yang kelihatan sedap, tetapi rupanya keras tak boleh dihancur dengan kunyahan gigi...

Topik yang dibuka tatkala duduk di kerusi menghadap hidangan ialah, 

"Solat di masjid ××××× macam tak best...tak dak roh..."

Kata sahabat tersebut dalam loghat utara yang masih pekat walau agak lama berada di luar negara. Penulis hanya mengiyakan...

"Aktiviti pun kurang...kalau ada majlis pun penceramah biasa....tak dak yang gempak..."

" Tok imam yang ada hanya asyik menyesatkan orang lain. Macammana islam nak berkembang. Patut adakan gerakan dakwah lebih menyeluruh...bukan hanya taasub dan tak buat apa-apa. Lepas tu menjadi batu penghalang pula pada perkembangan ilmu"

"Ruang percambahan ilmu tertutup. Asyik sibuk dengan isu wahabi sesat. Syiah sesat. Tak fahamlah..."

Wallahu a'lam






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol